SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53
MUTIARA KATA
" merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pergorbanan yang sebenar pengorbanan. Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan bukan saja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga...."
"Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang kita capai."
"Negara kita ini uniktidak ada "isme" yang oleh diimport dari luar negeri. Kita kenalah mentadbir negeri ini secara sendiri."
"Jika kita cuba hendak meniru mana-mana "isme dari negeri luar, maka sudah tentu tidak dapat diterima rakyat negeri ini."
Petikan KATA MUTIARA dari :
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTA AL-HAJ
Perdana Menteri Malaysia Yang Pertama
(1957 - 1970 )
TITIAN KEMERDEKAAN - "ERTI KEMERDEKAAN"
petikan artikel dari Arkib Negara Malaysia
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahanmecukupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa yang bermaruah. Kekuatan potilik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempecepatkan proses pembangunan negara.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53.....hari ini genap kita merdeka buat kali ke 53 tahun lamanya...alhamdulillah..negara kita masih aman dan bahagia walaupun kadang-kala ada berlaku perkara2 yg diluar jangkaan kita...dengan kuasa TUHAN...negara kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum...MELAYU, CINA, INDIA dan sebagainya...dan tahun ini adalah merupakan tahun ke 2 kita menyambut bulan KEMERDEKAAN pada bulan RAMADHAN iaitu bulan yang mulia bulan yg dirahmati ALLAH...
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...
No comments:
Post a Comment