Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si
isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga
akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.
Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium
suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium
oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya.
Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.
Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti
menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika
dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun,
Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.
Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami
bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak
cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu
sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami
anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan
ciuman dan juga pelukan.
Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk.
Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja
dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan.
Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya.
Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur
berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur
berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya
luluh.
Benar.
Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar,
suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku,
isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari
mencari aroma baru di luar rumah?????
3. Fadhilat mencium isteri.
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut
sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka.
Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah
dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian
Nabi SAW dikala bersama Isteri.
Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan
sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي
رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda
SAW sedang berpuasa”
Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang
baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.
Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang
selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri
janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.
Mengapa?
Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan
tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau
suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang
lebih menghargai kasih sayang suaminya itu.
Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang…
mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di
dunia ini… cubalah bayangkan.
Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan
anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI
MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah
dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang
penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda
mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana?????
Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin
mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa
sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari.
Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda
menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak
di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta
berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk
hari ini”
Di situlah datangnya bahagia ~~~
Kesimpulan:
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan
rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah
beranak-pinak nanti.
p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk
mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….