BAHAN2
2 ekor ikan selayang (dah dibersihkan)
1/2 inci belacan
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 batang serai
1 biji cili masak
sedikitd aun kesum
2 keping asam keping
2 /3 cawan air
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam buat perasa
CARANYA
1) tumbuk belacan + bawang besar + cili masak + bawang putih hingga lumat
2) bila dah lumat ketuk sekali dengan serai,hanya dititik sahaja
3) masukkan bahan yg ditumbuk tadi ke dalam periuk sekali dengan ikan , daun kesum , dan asam keping
4) masukkan air dan sedikit serbuk kunyit untuk jdkan warna kekuning-kuningan
5) letakkan atas dapur untuk dimasak...bila dah didih masukkan garam untuk penambah rasa....
6) kalo ada yg nak buat pedas,tambah la cili...kalo tak pedas anak2 pun blh mkn...
SELAMAT MENCUBA...
No comments:
Post a Comment