CEEE...CITER..CE CITER..

SaPe NaK Kwn NgAn SaYa?????...Tak NaK KwN NgAn SaYa Ke?????

PART TIME CRAFTER

PART TIME CRAFTER
sekiranya berminat blh la klik pada gambar, sesuai untuk hadiah harijadi / untuk buah hati / untuk hiasan kereta / apa2 saja... :) dan jangan lupa TINGGALKAN LINK ANDA DI SHOUT BOX disebelah kanan anda...

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )
RM43 termasuk postage / COD sekitar PUTRAJAYA

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E
KELEBIHAN COLLAGEN PLUS VIT E.. # MENGHILANGKAN JERAGAT/JERAWAT #UNTUK AWET MUDA #MENGHAPUSKAN KULIT YANG KUSAM #MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM #MENGANJALKAN KULIT WAJAH #MENGECILKAN PORI-PORI

Tuesday, May 21, 2013

Hasil CRAFTER nak jadikan KEK

 

Cerita nih dah lama dah....tapi baru hari nih nak post nya...
tak kesah la dah lama ke baru ke...janji ada benda nak cerita...
kek BIRTHDAY aina...
kek nih buat sendiri tau...last-last minit...
tangan orang yang buat craft mana nak sama dengan tangan yang buat kek...
kelakor betul kalau korang tengok kek nih...


kelakar kan kek dia....cadang nak bubuh smarties, tapi tak jumpa...kalo ada pun mahai bebenor...dah le nak pakai banyak....so nak jimat, pakai la kacang badam nih....klao diratah sedap jugak...heheheh
tapi nih kosong....hiasannya...buat cucuk-cucuk je...senang cerita...


ada nama....BALQISZ


wish card...print je 


aina yang comel...pun aku print je...

ni la hasil kerja tangan crafter...sangat berbeza dengan hasil tangan pembuat kek...

tapi gambar kek yang dah siap cucuk tak ada dalam hp aku nih
ada kat kamera lain....tak pe tak pe....
nanti kita cerita lain ekkk...

# BIRTHDAY AINA BULAN MAC HARI TUH...TAPI BARU HARI NIH CERITA...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Monday, May 20, 2013

Pagi Sabtu dengan LEMPENG + SAMBAL SARDIN....

 

Kejap je berlalu...2 hari cuti rasa macam kejap sangat...
nak cuti lagiiiiii......

tapi apa2 pun enjoy dengan cuti sabtu dan ahad...
hari sabtu lepas nih...bfirst dengan LEMPENG + SAMBAL SARDIN...



terliur tak?????
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa ( angkat bakul sendiri)
dulu masa kecik-kecik, mak rajin la buat....kira kenyang la jugak...
kat opis aku nih ada jugak jual lempeng nih....RM1.50 sekeping...kuah pun sambal sardin jugak
kalo nak cicah ngan kuah kari pun boleh jugak...ikut citarasa masing-masing la kan...setengah orang tuh cicah ngan sambal ikan bilis...pun layan jugak....sedap-sedap

cara nak buat lempeng tak la susah mana pun....

2 cwn tepung
air
garam sikit

tepung tuh korang bancuh dengan air + garam...bancuhan ala-ala nak buat kuih ketayap tuh, jangan terlalu pekat, jgn terlalu cair...
sambal sardin tuh...dah tau buat kan....senang je kan...tak sampai sejam dah siap...
nak buat mkn petang pun layan lagi nih....

:) so siapa-siapa yang tak tau nak buat menu apa untuk bfirst @ makan petang...haaaaaaa...aku dah bg idea baik punya....buat ekkk...kena pulak hari hujan kan?????

# dah lama tak update blog...



AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Saturday, May 18, 2013

Mari Kita Belajar Guna ABACUS

 



homework time......

pagi2 lagi dah buat homework...
sebab tengah rajin, tapi kalau dibuatnya malas...esok nak sekolah baru nak buat...
alhamdulillah...minggu ni rajin terlampau....
buat matematik arthematic.....kena la guna benda alah nih...ABACUS namanya...
sambil-sambil ajar anak, mak dia boleh belajar sekali...
tahu basic-basic pun dah memadai....
ni nanti darjah 1 pun ada jugak yang belajar benda nih...
jangan kaum cina je pandai guna benda nih, kita pun kena tahu jugak...
jangan nak harapkan kalkulator je...tak berkembang langsung....

# cuba ubah diri dari belakang ke hadapan...



AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, May 17, 2013

KHAS BUAT MUSLIMAH...INNER NECK ALUDRA...

 
Lamanya tak menjenguk kat sini...
dan lama jugak la tak mengupdate cerita kat sini
kerana kekangan masa yang tak dapat nak dielakkan...
tapi hari nih curi masa sikit....heheheheh
hari nih Ohana nak perkenalkan INNER baru...baru tak baru sangat la...
tapi tak tau la pulak kot-kot sebelum nih korang ada jumpa kan...
namanya INNER NECK ALUDRA..
memang sesuai bagi yang bergelar MUSLIMAH
tutup leher sepenuhnya...
tudung yang sangat selesa dan penuh dengan keyakinan semasa memakainya
tak ada la nak risau muka bulat la, buka tembam la...
dengan adanya INNER NECK ALUDRA...semua tu tak menjadi masalah lagi...
 

Bermula daripada keselesaan menyarungkan anak tudung, maka keselesaan ini akan terserlah di saat anda menggayakan apa sahaja tudung atau selendang.

penting memilih anak tudung yang sesuai. Anda sendiri mampu mengubah apa sahaja kelemahan bentuk wajah anda kepada bentuk yang anda inginkan iaitu BUJUR.

Imej anda sebagai wanita MUSLIMAH bukan sahaja kelihatan anggun, profesional malah menjadi ikutan MUSLIMAH yang lain...

Jadi?????tunggu apa lagi???

Kepada yang berminat @ ingin mencuba, ini la masa nya untuk mengubah penampilan yang lebih berkeyakinan...

HARGA 
 RM40( termasuk postage )
FREE POSTAGE untuk belian 5 helai ke atas














 
CANTIKKAN?????
Andainya ada yang berminat boleh pm di FB @ email : craftsakila82s@yahoo.com
maklumkan nama , alamat , kod inner, kuantiti..
YANG MERAH ITU SAGA,
YANG KURIK ITU KENDI,
HIJAB ITU PENJAGA,
JADI MAHKOTA SERIKANDI.

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, April 5, 2013

TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI

 

PERANAN BAPA:

1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun
2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding
dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak.
cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.


PERANAN IBU
 
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil

Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk ibu bapa di luar sana.
 
 gambar hiasan je...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, April 4, 2013

Agar Hidup Lebih Berkat...

 

  • Tunaikanlah solat dengan awal.
Kerana Allah menyukai orang yang solat tepat pada masanya.
  • Pakailah selipar apabila masuk ke bilik air.
Kerana rumah kita nanti dijamin bersih tanpa kesan najis.
  • Makan & minumlah didalam bekas atau pinggan yang sempurna.
Kerana itu membawa berkat.
  • Basuhlah pinggan & bekas makan selepas digunakan.
Kerana ia merupakan amalan yang baik.
  • Teruskan berjaga & mulakan hari anda selepas solat subuh.
Kerana rezeki amat murah jika kita terus lakukan kerja.
  • Bacalah Bismillah sebelum makan.
Kerana Allah amat suka orang yang melakukan sedemikian & makanan tidak dikongsi dengan makhluk yang tidak sepatutnya.
  • Keluarlah rumah dengan niat membuat kebajikan.
Kerana jika mati, anda mati dalam keimanan.
  • Pakailah selipar yang berpasangan sesuai.
Kerana ia adalah amalan yang baik.
  • Pandanglah benda2 yang baik apabila dalam perjalanan.
Kerana Allah sayang orang yang menjaga pandangannya.
  • Segerakanlah taubat.
Kerana bila mati nanti kita bersyukur kerana telah bertaubat dengan segera.
  • Minta maaf dengan Ibu & Bapa atau orang yang kita telah buat salah.
Kerana Allah sayang orang yang letak egonya dibawah tapak kaki dan merendah diri.
  • Pujilah rakan2 dan sahabat disekeliling kamu.
Kerana nanti persahabatan anda akan berkekalan yang menjadi lebih kukuh.
  • Tutuplah aurat bagi wanita2.
  • Keranan lelaki amat suka & hormat wanita yang menutup aurat.
Sesungguhnya menutup aurat membawa banyak pahala & amat besar hikmahnya.
  • Ingatilah kepada Allah selalu dalam apa jua kerja yang dilakukan.
Kerana apabila berjaya nanti, kepada Allahlah kita bersyukur.
  • Bermurah-murahlah apabila bersedekah.
Kerana apabila kita bermurah dengan rezeki kita, Allah akan memberi kita lebih rezeki.
  • Banyakkan senyuman.
Kerana jiwa kita & orang disekeliling akan tenang bila kita senyum selalu.
  • Bercakap benarlah sentiasa.
Kerana orang akan percaya kepada kita apabila kita bercakap & mereka akan menghormati kita.
  • Sayangilah Manusia & Haiwan.
Kerana doa2 mereka kepada kita akan membuat hidup kita penuh dengan keberkatan.
  • Besedialah untuk Hari Akhirat.
Kerana hidup di Hari Akhirat itu adalah kekal abadi.
  • Kenapa ISLAM itu berkata Buatlah ini & buatlah itu?
Kerana semuanya untuk kebahagiaan kita.
  • ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, April 3, 2013

Breakfast MEWAH hari nih...

 

ALHAMDULILLAH...
akhirnya aku berjaya membuka blog nih semula...lamanya aku cuti menulis kat blog nih...
penyakit M segala alam lebih mengatasi segala-galanya...

Tapi............................
Hari nih rajinnnnnnnnnnnnnnn...
sebab nak show kat semua...apa preparation aku semalam untuk en.husband n my son MUKHRISZ..
siapkan sebelum masuk tidur...sebab esok pepagi tak la aku kelam kabut...nak kena buat semua...
tapi kot kot mana pun aku tetap bangun pukul 5pg sebab nak siapkan benda-benda yang remeh-remeh...
apa yang aku buat????????????

 SALAD SAYUR untuk en.husband...dah 2 hari dah dok makan salad nih...makan pagi lak tuh...
pastu silap-silap makan malam pun sama jugak...
ni bukan mangkuk kecik tau...ni tahap tupperware yang besar tuh...yang boleh simpan tepung 1 - 2 kilo punya...kuat makan la en.husband nih...tu sebab besor, bini dia ni jugak yang tak berapa nak besor....huhhhhh
kuahnya....makan dengan 1000 pulau (thousand island)
ni menu no 1....

menu yang ke 2...
tak sempat nak candid...ala ala toasted pocket KFC tuh...
letak salad + bawang sikit + isi ayam + thousand island + mayonis pastu balut...

ni pulak menu yang ke 3

 cekodok pisang...ni lenyek malam tadi...sambil tengok tv lenyek la dulu...
pagi tadi...bubuh tepung n gula je...pastu goreng...
yang nih menu untuk anak teruna aku...MUKHRISZ
siap bawa bekal lagi ke sekolah...dah lama sangat tak buat cekodok pisang nih...
hari nih terajin...tuh yang buat tuh...
semua-semua nih...pukul 6pg siap...sampai berpeluh-peluh la...dah la sekarang nih panas...
pepagi lagi aku dah mandi peluh...

tapi apa2 pun...semua nih untuk anak-anak mama n untuk en.husband...
mama cuba buat yang terbaik untuk orang-orang yang mama sayang...

love u all....

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, March 6, 2013

NAK TULIS TAJUK LARI DARI STORY...BOLEH TAK?

 

ALLAH HU AKHBAR...
mengantuk tahap cipan dah nih...memang tahap takb oleh tak boleh nak buka mata dag dah nih...
ngantuknya.....tak tau nak buat apa dah nih....dah makan dah jalan...semua tak jalannnnnnnnnnnnnn
menaip pun dah salah salah dah....
tolonggggggg...dengar radio pun lagunya...membuai buai...


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Tuesday, March 5, 2013

MASIH SAKIT LAGI....

 
Jumpa lagi pagi nih...nak sambung cerita semalam  jap ekk..
AHAD ( 03.03.2013)
Tarikh yang cantik...mesti ramai nak buat something yang menarik tarikh nih kan...pastu tahun depan 04.04.14...pun cantik kan...kebetulan malam tadinya jam 1.32pg ada terima sms dari member ipoh, memaklumkan ada majlis pertunangan adek dia...baca je, tak amik pot ape-ape pun sebab dah mengantuk kan...esoknya pun dah pukul 8 pg baru teringat balik...so decide kami pergi majlis tu...
Pagi tuh, after subuh...aku n anak-anak bersiap-siap nak keluar...tapi pagi tuh nak pergi jumpa ngan MAMA NA ( DJ NIA KLFM ) kat WOW putrajaya...dlm pukul 9 jugak la geraknya...bangun sikit punya awal tapi gerak lambat jugak...jumpa MAMA NA @ DJ NIA bukan apa...nak tengok dia live kat SPM ( Selamat Pagi 1 Malaysia)..tu je tujuannya...heheheheh...
DJ NIA KLFM
Bila DJ NIA @ MAMA NA dah selesaikan job dia...baru kami g jalan-jalan kat WOW tuh...tapi tak lama pun...sebab dalam pukul 11 pagi tuh DJ NIA dah nak masuk booth KLFM pulak...kitaorang lepak kejap je..selesai kat WOW, kami 1 family gerak ke KL...nak mencari barang-barang penting di sana...ALHAMDULILLAH...tuhan permudahkan pencarian kami...panas memang panas..sepanjang hari minum je...ke toiletnya sekali je...memang panas...selesai semua kerja baru kami pergi majlis pertunangan adek sahabat kami...pergi la kan...dah alang-alang kat kl..singgah la kejap..majlis pun kat TAMAN MELATI je pun...bertunang pada tarikh yang agak keramat 03.03.13...pastu kawin 04.04.14...cantik cantik cantik...
 
03.03.13....04.04.14
sama cantik sama padan...tahniah ye DEQYA
 
Bila dah selesainya semua...memang dah tak kemana dah...memang balik je ke rumah terus...letihnya...semalam punya letih pun tak abis lagi...kaki belah kiri aku nih start sakit dah...anak2 jangan cerita la...yang si abang dah layu, yang si kakak dah mengamuk...macam-macam cerita dah...sebab terlalu letih...2 hari berturut-turut berjalan kan...puas hati...bukan selalu dpt macam nih...sampai pun dah pukul 7mlm...mkn malam kita orang, hanya makan burger homemade je...dah letih nak masak bagai...pastu semua pakat tido awal...sebab esok dah kena keje n sekolah...warghhhhhh...letihnya sampai ke isnin...amek kaw...
 
selesai sudah cerita 2 hari yang lepassssss...rasa macam nak pergi urut 1 badan je nih...sakit bebadan...huhuhuhu...
 
# nak cari tukang urut...nak cari tukang urut...
 
sekian dulu cerita kita hari nih ye...nanti-nanti sambung lagi...
 
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....PUBLISHHHHHHHHH..

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Monday, March 4, 2013

SAKIT BEBADAN TAU...

 

2 HARI CUTI
sangat memenatkan...rasa macam nak cuti lagi nih
anak-anak nak pergi sekolah pun malas...
mana taknya...

SABTU (02.03.2013)
bangun pagi after solat subuh...kejut anak-anak n join mama n ayah pergi jogging..tapi ayah je yang g jogging...mama g aerobik...habis semua kerja...pukul 9 semua g breakfirst kat KEDAI MAMAK..
yo yo ooo je...lepas bakar lemak bagai...g tambah balik 3 kali ganda...entah apa-apa entah
baik tak yah bersenam kan????

selesai semua...tengah hari g mkn kenduri kawin
dalam masa 1 hari ada 2 rumah...
so kami bantai 2 2 rumah sekali...mula-mula pergi kat bangi dulu
pastu terus pergi kat kajang...
2 2 kenduri lauknya sedap-sedap belaka...
kenyang sungguh...
 
balik dari kenduri terus g WOW PUTRAJAYA kat presint 2 tu...
dalam pukul 3 ptg jugak la...panasnya YA ALLAH, tuhan je yang tahu..
masa tuh orang pun tak ramai, almaklum la, panaskan....sape yang nak pergi...kami je yang buat keje gila..dah la pakai baju kurung...memang basah la baju...lepak kat WOW lebih kurang sampai ASAR...pastu g solat kat MASJID BESI...aku n anak dara sorang tuh...pergi pesta buku pulak...kat perbadanan tuh..kat situ ada air-corn...sedapnyaaaa badan...senyum je si aina sebab sejuk...kat situ rembat jugak la buku untuk bebudak 2 orang tuh...si abang BUKU UPIN IPIN...itu pun edisi dah lepas-lepas...5 buku RM10....rembat... si aina @ kakak beli novel comel. from AIN MAISARAH (BERITA HARIAN) 2 buku jugak ...RM6..siap dapat tandatangan n bergambar lagi (tp tak amik pun guna camera sendiri..sbb tak bawa pun..) ...pastu aku ada terjumpa tulisan khat...cantik gak..boleh buat nama ...so tempah la 2 nama untuk si aina @ kakak dan mukhrisz @ abang...RM5 setiap 1 nama bersaiz A5...menarikkan...
 
tok tek tok tek pukul 7 jugak la kami balik umah...fuuhhhhh penat...
sampai je kat umah...si abang lapar balik...pulakkkk...macam mana nih???
last-last ayah kata lepas maghrib kita g makan...haaaaa...keluar lagi...
keluar g makan lak...tak la jauh pun, kat GATE 1 tu je...tapi pusingnya 1 putrajaya...sebab apa? sebab nak pusing la....sebelum tuh singgah dulu kat MASJID PUTRA...solat isyak dulu...baru g makan...
tok tek tok tek ngan makan...pukul 10 dah...balik je umah tidooooooooooooo....anak2 yang tido...mama nih dok mengemas umah pulak...sebab umah tak kemas habis lagi...pukul 1 jugak la tidonya....dah la esok nak bangun awal....jalan lagi...haaaaaaaa....tapi nanti la cerita untuk ahad pulak...letih menaip...asyik salah je...
k???? nanti aku sambung lagi cerita untuk edisi ahad pulak ekkk...

SAMPAI DI SINI SAJA...
DAAAAAAAAAAAAA....PUBLISHHHHHH




AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, February 7, 2013

3 minggu berturut-turut..

 
ALLAH......
3 minggu berturut-turut balik kampung...penatnya tuhan je yang tahu...
walaupun aku tak drive ( tp drive la jugak sekerat jalan pun) penat nya sama je macam drive...
kalo nak ikutkan 3 jam to ipoh...lebih kurang 4 jam to kuala kangsar..tapi penat gak
baju yang dalam bag merah tuh, tak keluar-keluar dari bag...dok macam tuh la...pastu usung balik ke kg...isinya je kekadang tambah-tambah...kerja part time aku pun dah banyak yang tertangguh-tangguh...
minggu pertama (25.01.2012 - 28.01.2012)
balik kampung sebab adek ipar kahwin...tu pun bukan kat kuala, tapi lajak lagi ke depan..nunnnn kat lumut..
up lagi lebih kurang 2 jam...kenduri hari ahad...tapi memandangkan hari isnin cuti...ok la, tak la penat sangat..
sehari sebelum, dok mencari baju untuk pakai masa wedding tu nanti...tema warna purple...habis satu kuala pusing mencari...last-last beli je jubah untuk aku n anak dara aku yang sorang tuh...yang lelaki tak susah nak cari...beli je t-shirt...senang kan?
ni semua pakat sepupu sepapat sahaja..
minggu kedua (01.02.2013 - 03.02.2013)
minggu ni balik kampung sebab husband ada part time job...MENGGOLEK KAMBING..
GOLEK KAMBING kat wedding kawan husband kat ipoh...
aku pulak ada wedding X-OFFICEMATE aku..eza...
SELAMAT PENGANTIN BARU EZA...
dari kiri KDAY ( husband airi) , AIRI , PENGANTIN , ANA , KEM...dan yang duduk bahagian depan tu.. aku n aina...
minggu ke-3 (08.02.2013 - 12.02.2013)
balik lagi...sebab ada tajaan duit minyak n tol...so husband aku buat keputusan untuk balik kampung...
kali nih lama sikit la sempena RAYA CINA...siap ambil extra cuti 1 hari...nak elakkan sesak balik dari kampung ke PUTRAJAYA...tapi kali nih balik kg pun ada kenduri doa selamat sikit...so balik je la...
penatttttttttttttttt....penat nak kemas baju...kali nih balik memang kena bawa kerja part time aku balik kampung...banyak tempahan yang menunggu...kalo aku tak siap kan dlm tempoh yang sepatutnya...orang tak nak percaya dah kat SAKILACRAFT ni...kalo ada masa meh la jenguk kat
 
 SAKILACRAFTDHEART
setakat nih dulu la cerita...teman rase panjang bebenor dah nih...
:) peace
jumpa lagi...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, January 30, 2013

Hanya RM30

 

ALHAMDULILLAH...
akhirnya mengeluarkan hasil jugak...
memang dah lama dok berangan nak benda alah nih...
apa dia?????

hasil dari google

RICE DISPENSER
harganya punya la mahal...dok menunggu murah tak murah-murah
last-last pakat ngan member-member opis dok main KUTU ( bukan kutu yang atas kepala tu ekk)
kutip seorang RM30...main dengan 10 orang..so semuanya total RM300
harga benda nih RM2++ so kalo ada lebih-lebih tuh boleh la tambah-tambah yang lain-lain...
apa yang aku tambah?
 
 hasil dari google

ni la dia JUMBO GOODY BOX...warna pink + hijau
suka...suka...suka...
ni dah tahap senyum sampai ke telinga la jugak...dapat jugak apa yg dinakkan...
berbaloi-baloi...dengan berKUTU...sambil-sambil menabung :)

sebelum tuh nak bagi tau jugak kat semua...
barang-barang semua nih merupakan adalah hadiah HARI JADI untuk DIRI SENDIRI...
HEPI BESDAY TO ME....bagusnya aku nih, sbb bagi hadiah kat diri sendiri...hik hik hik
melangkah setapak lagi usia aku...semoga dengan penambahan umur nih, tuhan akan permudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat kelak...dan merahmati apa yang ku lakukan serta diberi kesihatan yang baik agar supaya dapat aku menyempurnakan segala ibadat untuk bekalan di sana nanti....aminnnn..

HEPI BESDAY TO ME!!!!!!

:)


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, January 25, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL...

 

ALHAMDULILLAH...
semalam semua umat islam meraikan HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD s.a.w
bertemakan 
WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
(tema peringkat kebangsaan)

SALAM MAULIDUR RASUL untuk semua...

# nie je yang mampu di update buat masa sekarang...BZzzzzzzzz kengkonon.....

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, January 4, 2013

BLOG DIJUAL

 

Lama tak bersiaran....
hari nih ada terajin sikit nak menjeguk blog nih...
sekali jalan-jalan aku ada jumpa 1 blog nih...
mengoperasi menjual blog-blog yang ada
aku pun tak tau nak cakap apa...
banyak jugak  yang nak dijual nya...
ce kome klik kat senarai-senarai kat bawah nih...sbb ada jugak nama blog aku tersenarai
yang sakilacraft...tapi tak tau la...penyagak mana punya kerja...
korang tolong ekk...kot-kot sapa2 yang tahu tentang nih...

The bliss factory

Extrem Avaidade

Austin Craft Mafia

wendy hammer designs

sakilascraft 

 

TOLONG EKKKK... :(

 

 


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CEE..CITER..CEE CITER

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="48" id="TextSpace">

LCD Text Generator at TextSpace.net

SiLaKaN MaSuK..

AINA dlm HARI

AINA dlm HARI
MASA DLM PANTANG LAGIKKK... lahir 3.75 kg

ABG N KAKAK

ABG N KAKAK
sehati n sejiwa

KENANGAN

KENANGAN
@ AVANZA..skrg ALZA

KaKaK & AbAnG g BeRaYa

KaKaK & AbAnG g BeRaYa
25hb September 2010

anak2 n mak tok

anak2 n mak tok
Semua berbelang2

melaram @ KenDuRi SePuPu

melaram @ KenDuRi SePuPu

GILA AKU DENGAN NOVEL

1) SEBENARNYA..SAYA ISTERI DIA! ( sendiri )
2) TERLANJUR MENCINTAIMU ( pinjam )
3) KAMI DAH KAHWINLAH ( sendiri )
4) TEKNIK MEMIKAT SUAMI ( pinjam )
5) ADAM DAN HAWA ( on d way)
6) AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU ( on d way )
7) KALAU DAH SAYANG ( on d way )