CEEE...CITER..CE CITER..

SaPe NaK Kwn NgAn SaYa?????...Tak NaK KwN NgAn SaYa Ke?????

PART TIME CRAFTER

PART TIME CRAFTER
sekiranya berminat blh la klik pada gambar, sesuai untuk hadiah harijadi / untuk buah hati / untuk hiasan kereta / apa2 saja... :) dan jangan lupa TINGGALKAN LINK ANDA DI SHOUT BOX disebelah kanan anda...

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )
RM43 termasuk postage / COD sekitar PUTRAJAYA

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E
KELEBIHAN COLLAGEN PLUS VIT E.. # MENGHILANGKAN JERAGAT/JERAWAT #UNTUK AWET MUDA #MENGHAPUSKAN KULIT YANG KUSAM #MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM #MENGANJALKAN KULIT WAJAH #MENGECILKAN PORI-PORI
Showing posts with label mama N ayah. Show all posts
Showing posts with label mama N ayah. Show all posts

Monday, November 26, 2012

2 HARI MANA CUKUP???!!!!!

 

2 HARI CUTI??????????????
tak cukuppppppp!!!!!!!!!!!!!!!!
nak lagi cuti!!!!!!!!!!!!!
nak qador tidoooooooooo!!!!!!!
 
 
Kalau CUTI ni banyak lagi....memang semestinya aku CUTIIIIII hari nih...
 
# mood malas-malas hari nih..
 
 

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, November 22, 2012

CINTAN CINTUN with MR. T

 

Woooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!
Memang BEST cerita nih...comeiiiiiiiiiiiiiiiiiii
(bagi aku la...tp kalo orang lain aku tak tau la)
dan yang penting AKU n DIA je yang pergi..
anak TINGGAL kat rumah...hahahahahahah
cintan cintun sekali sekala apa salahnya kan?

 SINOPSIS "INSTABUL AKU DATANG"

Dian adalah seorang gadis yang periang dan manja. Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad kini sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan kursus ini tempohnya enam tahun! Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya.

 Malang sekali, bila tiba di Istanbul Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau yang kehadiran Dian akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak senang yang Dian menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang kawan-kawannya yang lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Setelah membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu – rumah itu sudah pun diduduki, oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! 

Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan yang teman serumahnya begitu menjengkelkan! Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad, yang pastinya akan mengamuk jika dia mendapat tahu yang Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! Bagaimanakah kesudahan perang antara dua teman serumah ini? Dan berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan cincin pertunangan dari Azad? Saksikan babak² komedi romantik lakonan hebat LISA SURIHANI , BETO & TOMOK...

TRAILER "INSTABUL AKU DATANG"



AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, October 12, 2012

entry GATAI + GEDIK hari nih...

 
i LoVe U.....
i MiSs U...
 
 
 hasil EN.GOOGLE
 
Tiba² tergedik...hahhaha

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, October 3, 2012

FADHILAT ;CIUM ANAK DAPAT PAHALA, CIUM SUAMI GUGUR DOSE DAN CIUM ISTERI BAHAGIALAH SELAMANYA

 

1. Fadhilat mencium anak
  
 
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak. 

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

2. Fadhilat mencium suami.



Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri. 

Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar. 

Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok. 

Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.
Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya. 

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh. 

Benar.

Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah????? 

3. Fadhilat mencium isteri.

 
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.
Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis: 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ 

 
Maksudnya;

“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”
 
Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. 

Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya. 

Mengapa?

Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu. 

Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan. 

Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana????? 

Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari.
Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini” 

Di situlah datangnya bahagia ~~~ 

Kesimpulan:
 
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti. 

p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Monday, September 3, 2012

SELAMAT HARI RAYE...

 



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

maaf le...lambat pulok teman ni nak ucap kan selamat hari raya...
tapi masih di bulan syawal lagi kan?
minta maaf ye kalo ada terkasar bahasa n seangkatan dengannya...
sempena bulan baik hari baik nih...sama² kita bermaaf-maafan...


kalo nak duit raya berator ye....


SELAMAT HARI RAYA....

* ikhlas : dari kami sekeluarga..

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, July 18, 2012

Nanti kita beli kat SOGO ekkk....

 
 Ini semalam petang punya cerita..

Masa Time si ayah ambil abang ( MUKHRISZ) balik dari KAFA
ayat best yang ayah dengar ..

Mukhrisz : "ayah..abang nak adik"
Ayah : ??????.. tanya mama...

bila time ambil mama dari pasar malam ( dalam kereta)

Ayah : " abang... tanya la mama apa yang abang cakap ngan ayah tadi?"
Mukhrisz : :) mama...abang nak adik?
Mama : ????? :) ok...esok kita g beli kat sogo ekkk..
Ayah : :) bagus betul la mama nih...macam la anak tuh tak tau apa²..
Mukhrisz : " Beli kat SOGO?...ada ke mama?
Mama : adaa....nanti kita pergi ekkk..(dlm hati...mak aiii, dah pandai minta pulak)

Di waktu malam....sebelum mukhrisz masuk tidur

Mukhrisz : " Chik, abang nak adik 3 tau"
Chik : 3? banyak nya?
Mukhrisz : " ye la...satu untuk abang, satu lagi untuk kakak...pastu yang lagi satu tuh, anak chik...
nanti kalau chik dah kawin, pastu chik dapat anak kan? anak tuh bagi abang jaga...abang
nak jaga baby tuh...
Chik : " Mama kan ada...minta la kat mama?"
Mukhrisz : " mama dah kawin la, mana boleh mama kawin banyak kali...nanti lambat la, nak kena bertunang lagi...semua tu lambat...chik la kawin cepat sikit...
Chik : " pandai la kamu...tidur la...dah lambat dah ni,esok nak sekolah lagi...
( geleng kepala chik ngan si abang)

kalau dengar ayat kakak ( aina) lagi best....
masa nih kat opis mama, sebelum g taska..

Mama : sambil pegang Izah ( baby yang umurnya lebih kurang 4 5 bulan )
" adik nih tengok² kakak la...
Aina : " :) senyum² je"
Mama : "Meh la kakak dukung dia...dia nak ngan kakak nih.."
Aina : " kuku dia nih kecik² je mama...kuku kakak besar "
Mama : " memang la, dia kan ke baby lagi "
Cik Timah : " kakak nak adik tak?"
Aina : (geleng kepala) " tak nak arrrr "
Cik Timah : " kenapa lak? nanti kakak ada kawan"
Aina : " Tak nak...kakak tak suka perut mama gemuk"
Mama : senyum je la....

tak tau la...anak² sekarang...dah pandai request baik punya
mungkin si abang dah jemu main ngan si kakak...so dia nak cari kawan baru pulak...
yang si kakak tak nak sebab kalo ada adik nanti dia dah tak boleh nak manja lebih²..
rancangan nak tambah tu ada...tapi tunggu tahun depan la...heheheh

BERMINAT DENGAN : 
PERFUME
CRAFT
JUBAH/DRESS
PAD HERBA
BOLEH KLIK YE...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, July 6, 2012

Bila mengantuk je...aku jadi BIDAN TERJUN...

 

memang tengah mengantuk gila nih
aku tak tau nak post apa en3 kali nih...
tapi nih pun boleh la...janji ada cerita kan?
tapi tak la bercerita sangat...bergambar je lebih...
gambar apa?
haaaaaaaaaaaa....ni diaaaaaaaa...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


haaaaa...tu la dia..kenai tak???
:) hehehehe mula-mula aku pun tak kenal
kesian kat pengantin nih...berubah muka bila orang kata tak kenal dia..
huhuhuhuhuhu...sedih tauuu...
siapa kah dia?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nama penuh : Muhammad Nazri bin Mohd Kamal
Tempat lahir : Kg Raja , Parit
Pasukan diwakili : PERAK

tu la dia....PEMAIM BOLA SEPAK NEGERI PERAK
bahagian penyerang tu...tapi aku tak kenai sangat 
almaklum la, tak berapa nak minat ngan bola sepak...
tapi memang best bekerja ngan pasangan nih
sempoi , relax, sporting....good good..

dan aku merupakan BIDAN TERJUN
bila my husband tak ada pembantu...
so banyak gambar yang ideanya gila-gila...
yang picture mula-mula tuh..memang my husband tertanya-tanya
nak buat ngan papan tuh...buat susah nak bawak je
tapi akhirnya...hasil yang memang boss my husband ( en. bob ) suka...
aku lagi suka...1000x senyum nya...
pandaikan saya????? (puji lagi diri sendiri)
jadi ni la kerja PART TIME saya
bila hujung minggu...jadi BIDAN TERJUN...

KLIK SINI
BUY 2, FREE 2

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, June 20, 2012

Sunday, June 17, 2012

KHAS UNTUK ABAH DAN ABANG...

 
SELAMAT HARI BAPA....
untuk abah, Pakcik Abdul Khalid dan suami, Encik Tun Imran
serta kepada bapa-bapa yang bergelar bapa...
semoga abah dan abang menjadi insan yang berguna dan dirahmati ALLAH
diluaskan pintu rezeki untuk kalian...
dan menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab serta disayangi..

UNTUK ABAH
" akak sayang abah..abah banyak berkorban untuk akak dan adik beradik yang lain..
walaupun sekarang kami tinggal bertiga je, abah tetap kuat untuk kami..alhamdulillah..sekarang semuanya dah kerja..kami cuba jadi anak-anak yang baik untuk abah dan mak..Semoga TUHAN kurniakan abah denagn kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki serta dirahmati...LOVE U SO MUCH..."

UNTUK MY HUSBAND - TUN IMRAN 
" TERIMA KASIH abang...terima kasih sebab menjaga kami ( mama , mukhrisz, aina ) dengan baik dan sempurna...jasa dan pengorbanan abang sangat besar bagi kami...alhamdulillah, ALLAH kurniakan sayang seorang SUAMI dan AYAH yang memahami dan rajin tolong kami buat kerja rumah...
apa yang kami harapkan, semoga TUHAN kurniakan abang dengan kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki yang halal dan diredhai..serta menjadi seorang AYAH yg paling best untuk anak-anak..
LOVE U banyak-banyak...

SELAMAT HARI BAPA...





AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, May 3, 2012

"MALAM PERTAMA SANGAT SEMPURNA"




 
 
ADINDA

Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang ku tunggu
Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku
Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu

Chorus
Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana kerna kamu
Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku
Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu
Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu dihatiku
Semua yang kau mahu
Ulang Chorus
Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa
Ulang Chorus

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, April 19, 2012

kasih Sayang Pepagi Hari...

 



" ThE BeSt FeELiNg In The WoRLd
Is WeNt ThE PeRsOn YoU LoVe,
LoVe U BaCk "




 
" U MaKe Me LaUgH
WhEn I DoN't EVenT WaNt
To sMiLe "
 

I Love U So MuCh....
( SaYang AwAk KeTaT - KeTaT )

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Monday, March 12, 2012

Ni la yang korang idam-idam kan selama nih..

 
 
 
Setiap wanita sangat2 mengharapkan yang terbaik untuk pasangan hidupnya
so...bersyukur lah dengan apa yang telah ditentukan oleh ALLAH untuk kita selama nih..
 

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, February 29, 2012

Dari suka-suka terus jadi part time, dari part time terus jadi .......

 
Panjang nya la tajuk
tapi ok kan? korang paham kan?
ok....
actually dah lama dah sebenarnya buat benda2 nih (part time)
tapi tak ada la beriya sangat
asalnya suka-suka...memang suka-suka
tp bila dah lama-lama terjebak, jadi best la pulak
so diteruskan sampai la hari nih
apa yg aku jual / part time kan....

JUAL BROOCH / TUDUNG
mula-mula dulu menjual brooch dan selendang / shawl
tapi sekarang dah tak buat dah
sebab bekalan nya dah jauh, so dah malas nak g sana mengambilnya
lagi pun dulu masa buat nih, husband kerja KL senang la nak dapat bekalan
tp sekarang dia dah bertukar, so payah la sikit

FROZEN BURUNG PUYUH
bekalan dari my father in-law
bekalan nih masa balik kg je ada, kalo time tak balik kg tak ada la

KEREPEK / JAJAN 
yang nih dok buat jual di opis
letak dalam kotak n letak sekali tabung duit
senang kalo sapa-sapa nak beli, duitnya masuk je dalam kotak khas tu
kerepek / jajan hanya RM1 sahaja
lagi pun benda nih, kalo petang-petang kekadang tuh mengantuk
bila benda-benda nih ada, boleh la kunyah-kunyah buat hilang mengantuk kan...

BUAT CRAFT / HANDMADE
ni nak kata baru tak la baru sangat
dah hampir 2 tahun jugak la
menghasilkan barangan craft dari felt
buat keychain , bantal ( paling tinggi permintaan) , brooch, bunga pelamin dan macam2 lagi
yg nih memang betul2 mencabar...sebab apa?
sebab ianya memerlukan kesabaran yg tinggi n ketelitian yg tajam
serta kreatif
tapi teman ni idok la kretif mana pun...tp boleh la...
antara hasilnya

 bookmark

 headband

 smarties eyepin

 smarties headband / shawl

 bantal
ada pelbagai saiz
 
keychain n brooch

ni semua sebahagian sahaja...kalo rasa nak tengok yang lain-lain
jom klik SAKILA CRAFT

KAIN PASANG / METER
menjual kain pasang / meter
yg ni baru je terjebak
kain2 kebanyakkannya yang berkualiti / tak turun colournya / tak mudah renyuk 
dan yang paling penting ianya yang terbaru dipasaran
harga semuanya yang mampu milik
ada english cotton / japanese cotton / cotton viscose n sebagainya
antaranya corak yg best-best...

 COTTON VISCOSE

 ENGLISH COTTON
kain ni mmg sangat best
lembut dan tak turun colour bila dibasuh
JAPANESE COTTON
bidang 60"
so bg yang berbadan besar pun boleh...jgn risau bab tak cukup kain
KLIK SINI

PURE ENGLISH COTTON WITH DIGITAL PRINT
kain ni pun cantik
mmg cantik
colour tak luntur bila di basuh dan tak mengecut
KLIK SINI

HANDBAG
 handbag adalah yang terkini dipasaran
harga mampu milik
kalo nak tengok koleksi2 handbag 
KLIK SINI
ada bermacam-macam bentuk n rupa
kalo ada yg berkenan isi je form kat bawah blog tuh... 
 
DRESS
haa...dress pun ada
jgn tak caya...dress nya kebanyakkan nya labuh
tp ada gak yg singkat2...
boleh KLIK SINI 
 
dan last sekali ( buat masa nih la)
 
PRODUK KECANTIKAN
sabun-sabun untuk kecantikan dan.....
baca kat SINI ye 
 
Ini lah perniagaan sampingan yang saya buat sekarang nih
mmg asalnya suka-suka
tapi bila dah lama2 jadi best lak...
kalo ada masa singgah la ye...cuci2 mata...cuci minda...'
kalo ada yg rasa berkenan boleh la email @ seangkatan dengannya...
 
SELAMAT MEBACA @ SUKA-SUKA YE.... 
 
 

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, February 1, 2012

ALHAMDULILLAH....masih bernafas lagi...



wow....
senyum sampai ke telinga
konon cuti nak rehat n tak nak buat kerja apa pun
alih2 kena jaga anak teruna sorang nih pulak 
sebab kena chicken pox...
hadiah birthday mama dari mukhrisz untuk mama
kesian mama....

tapi apa2 pun si ayah dah buat mama happy
happy sangat2...
nak tau apa dia????





Sejambak bunga ros + kek comei untuk 4 beranak je + angpau
nampak tak lilin tuh ada berapa batang?
haaaaaaaaa...jgn terkejut....

YA ALLAH...aku bersyukur kerana Engkau telah mengizinkan aku 
untuk bernafas di muka bumi mu ini sehingga ke hari ini...
aku bersyukur kerana Engkau telah mengurniakan aku dengan 
satu keluarga yg bahagia dengan amalan Mu...
anak2 yg bijaksana dan comel
ALHAMDULILLAH...aku sangat-sangat berterima kasih kepada Mu YA ALLAH
aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang isteri yg solehah dan taat dengan agama Mu serta 
seorang ibu yg boleh mendidik anak2nya ke jalan yang diredhai oleh Mu....
amin...amin...amin...ya rabbal 'alamin

Bertambah sudah usia aku
Nombor hanya lah satu angka
tak semestinya dengan bertambah nya angka itu
bermakna kita dah tua....takkkkk
jgn anggap diri dah tua...anggap je muda selalu...
angka tetap angka kan?
apa aku merepek nih????...

semoga dengan pertambahan usia nie
aku akan menjadi dengan lebih matang lagi dalam pemikiran
dan dlm segala hal..
semoga TUHAN akan permudahkan segala urusan ku di dunia dan juga di akhirat
dan semoga TUHAN perluaskan pintu rezeki ku sekeluarga
dan permudahkan segala urusan perniagaan yg aku ceburi ni dengan jayanya
amin.....



model tak berbayar....

Sambut hanya 4 beranak je kat rumah
nak kuar jalan2 pun tak boleh sangat 
sebab mukhrisz tak sihat
ni konon ayah nak buat surprise la kat mama
sekali si mukhrisz dah cakap dulu ayah buat serprise untuk mama
bertuah betul....
si ayah dah bising2 dah...jgn bagi tau...
tapi apa2 pun 
terima kasih banyak kat EN.TUN
sbb sudi buat kejutan untuk birthday mama...
tq very much....

1000x senyum.....













































AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Monday, October 31, 2011

Belajar benda baru...suka3

Pada 28.10.11
dari pukul 9.00 pg sampai 12.00 tengah hari
pergi i-Talk siri 3
macam yg pernah diura-urakan DISINI
QUILLING PAPER bersama Miyah @Kertas

mmg sangat best
sebelum nih mmg dah tgk dah benda nih
tp di dlm hati nih nak tahu sangat
macam mana la dia buat kan????
sekali dah ada peluang nih
pergi la belajar...
mmg tak sia2 pergi...
so ni la hasil permulaan saya untuk hari nih
"SAYA BUDAK BARU BELAJAR"



ni la hasilnya...
buat benda nih mmg kusyuk, sekejap je masanya
kelakar kan...almaklum la, budak tengah merangkak
sekurang2nya dah  tau mcm mana nak buat
nanti boleh la buat kad birthday sendiri...hehheh
jgn gelk ekkk tgk gambarnya...tak berapa nak kreatif bab nih..
:)

ada byk lagi gambar yg ditangkap
mmg sangat2 la cantik...
jom kita layan ekkk


album kawin..harga around RM100++
tp ikut pada corak la, kalo corah yg susah lagi mahal
kalo yg simple2..murah la


ni gambar 3D
cantik kan???
ni semuanya mknan...
sbb tuan nya mmg suka mkn...


ni sebenarnya mcm papan tanda
sangat comel...
ada byk lagi tp amik 1 je la...


ni yg paling best n yg paling best jugak la
dasyat la MIYYAH nih
benda ni sgt halus
harganya around RM45
ingat senang ke nak buat nih...
tabik la kat MIYYAH



burung hantu


daun2...


2 org sahabat yg tgh kusyuk menyiapkan kad masing2
sampai mkn pun tak nak
sbb nak siapkan jugak
masa ni i dah amik mknan dah, sbb dah lapar...
apa2 pun, kelas nih mmg best
pengalaman baru yg susah nak dpt
kalo ada pun mgkn jauh.so ni dah ada kat depan mata
kita pegi je la...

yippppieeeeeeeeeeeee...




AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CEE..CITER..CEE CITER

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="48" id="TextSpace">

LCD Text Generator at TextSpace.net

SiLaKaN MaSuK..

AINA dlm HARI

AINA dlm HARI
MASA DLM PANTANG LAGIKKK... lahir 3.75 kg

ABG N KAKAK

ABG N KAKAK
sehati n sejiwa

KENANGAN

KENANGAN
@ AVANZA..skrg ALZA

KaKaK & AbAnG g BeRaYa

KaKaK & AbAnG g BeRaYa
25hb September 2010

anak2 n mak tok

anak2 n mak tok
Semua berbelang2

melaram @ KenDuRi SePuPu

melaram @ KenDuRi SePuPu

GILA AKU DENGAN NOVEL

1) SEBENARNYA..SAYA ISTERI DIA! ( sendiri )
2) TERLANJUR MENCINTAIMU ( pinjam )
3) KAMI DAH KAHWINLAH ( sendiri )
4) TEKNIK MEMIKAT SUAMI ( pinjam )
5) ADAM DAN HAWA ( on d way)
6) AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU ( on d way )
7) KALAU DAH SAYANG ( on d way )