CEEE...CITER..CE CITER..

SaPe NaK Kwn NgAn SaYa?????...Tak NaK KwN NgAn SaYa Ke?????

PART TIME CRAFTER

PART TIME CRAFTER
sekiranya berminat blh la klik pada gambar, sesuai untuk hadiah harijadi / untuk buah hati / untuk hiasan kereta / apa2 saja... :) dan jangan lupa TINGGALKAN LINK ANDA DI SHOUT BOX disebelah kanan anda...

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )
RM43 termasuk postage / COD sekitar PUTRAJAYA

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E
KELEBIHAN COLLAGEN PLUS VIT E.. # MENGHILANGKAN JERAGAT/JERAWAT #UNTUK AWET MUDA #MENGHAPUSKAN KULIT YANG KUSAM #MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM #MENGANJALKAN KULIT WAJAH #MENGECILKAN PORI-PORI

Wednesday, February 29, 2012

Dari suka-suka terus jadi part time, dari part time terus jadi .......

 
Panjang nya la tajuk
tapi ok kan? korang paham kan?
ok....
actually dah lama dah sebenarnya buat benda2 nih (part time)
tapi tak ada la beriya sangat
asalnya suka-suka...memang suka-suka
tp bila dah lama-lama terjebak, jadi best la pulak
so diteruskan sampai la hari nih
apa yg aku jual / part time kan....

JUAL BROOCH / TUDUNG
mula-mula dulu menjual brooch dan selendang / shawl
tapi sekarang dah tak buat dah
sebab bekalan nya dah jauh, so dah malas nak g sana mengambilnya
lagi pun dulu masa buat nih, husband kerja KL senang la nak dapat bekalan
tp sekarang dia dah bertukar, so payah la sikit

FROZEN BURUNG PUYUH
bekalan dari my father in-law
bekalan nih masa balik kg je ada, kalo time tak balik kg tak ada la

KEREPEK / JAJAN 
yang nih dok buat jual di opis
letak dalam kotak n letak sekali tabung duit
senang kalo sapa-sapa nak beli, duitnya masuk je dalam kotak khas tu
kerepek / jajan hanya RM1 sahaja
lagi pun benda nih, kalo petang-petang kekadang tuh mengantuk
bila benda-benda nih ada, boleh la kunyah-kunyah buat hilang mengantuk kan...

BUAT CRAFT / HANDMADE
ni nak kata baru tak la baru sangat
dah hampir 2 tahun jugak la
menghasilkan barangan craft dari felt
buat keychain , bantal ( paling tinggi permintaan) , brooch, bunga pelamin dan macam2 lagi
yg nih memang betul2 mencabar...sebab apa?
sebab ianya memerlukan kesabaran yg tinggi n ketelitian yg tajam
serta kreatif
tapi teman ni idok la kretif mana pun...tp boleh la...
antara hasilnya

 bookmark

 headband

 smarties eyepin

 smarties headband / shawl

 bantal
ada pelbagai saiz
 
keychain n brooch

ni semua sebahagian sahaja...kalo rasa nak tengok yang lain-lain
jom klik SAKILA CRAFT

KAIN PASANG / METER
menjual kain pasang / meter
yg ni baru je terjebak
kain2 kebanyakkannya yang berkualiti / tak turun colournya / tak mudah renyuk 
dan yang paling penting ianya yang terbaru dipasaran
harga semuanya yang mampu milik
ada english cotton / japanese cotton / cotton viscose n sebagainya
antaranya corak yg best-best...

 COTTON VISCOSE

 ENGLISH COTTON
kain ni mmg sangat best
lembut dan tak turun colour bila dibasuh
JAPANESE COTTON
bidang 60"
so bg yang berbadan besar pun boleh...jgn risau bab tak cukup kain
KLIK SINI

PURE ENGLISH COTTON WITH DIGITAL PRINT
kain ni pun cantik
mmg cantik
colour tak luntur bila di basuh dan tak mengecut
KLIK SINI

HANDBAG
 handbag adalah yang terkini dipasaran
harga mampu milik
kalo nak tengok koleksi2 handbag 
KLIK SINI
ada bermacam-macam bentuk n rupa
kalo ada yg berkenan isi je form kat bawah blog tuh... 
 
DRESS
haa...dress pun ada
jgn tak caya...dress nya kebanyakkan nya labuh
tp ada gak yg singkat2...
boleh KLIK SINI 
 
dan last sekali ( buat masa nih la)
 
PRODUK KECANTIKAN
sabun-sabun untuk kecantikan dan.....
baca kat SINI ye 
 
Ini lah perniagaan sampingan yang saya buat sekarang nih
mmg asalnya suka-suka
tapi bila dah lama2 jadi best lak...
kalo ada masa singgah la ye...cuci2 mata...cuci minda...'
kalo ada yg rasa berkenan boleh la email @ seangkatan dengannya...
 
SELAMAT MEBACA @ SUKA-SUKA YE.... 
 
 

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Tolong ada makna tu...


Hermmmm...tolong ada makna?
memang tolong ada makna..
tolong bawakan barang2 yg mama beli
pandai abang ekkk ambik hati mama
lagi pun barang nih tak la berat mana pun...
tp good boy sbb dia nak something...
dia akan buat hati mama  n ayah senang dulu...

 bag oren kasut pun oren
good boy kan?

 ni la tujuan good boy

 pilihan pertama
agak mahal la jugak

pilihan kedua
haaaaa...yg ni ok 
mampu milik...nampak je besar, tp kecik je...
yg penting, 1 lego boleh buat 3 benda...
best kan?

 bila dah sampai umah
dia mula kan operasi
pasang semua2 benda tuh...

 gigih menyiapkan kereta / helikopter / kereta bomba
mesti heran kan, kenapa matanya bertutup ngan tisu
haaaaaaa...tu la dia, senaman mata
memandangkan matanya silau masih ada walaupun selepas pakai cermin mata
doktor saran kan buat senaman mata selama 1 bulan setiap 2 jam setiap hari
tu jadi cam tuh tuh....
maknanya setiap malam kena la macam nih
tak kesah la mewarna ke, menulis ke, baca buku ke,
janji dengan menggunakan mata dan dekat...
supaya matanya rajin kembali...
sebulan lagi jumpa doktor balik untuk check semula silaunya
harap2 pemeriksaan akan datang nih
tak ada masalah

PERJANJIAN MAMA N AYAH, "sekiranya abg mukhrisz boleh buat ketiga-tiga barang tuh tanpa bantuan mama n ayah, mama n ayah akan beli yang pilihan pertama tadi...

ni la habuan untuk anak teruna saya sbb tolong mama bawa barang bila mama g beli belah.....


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Tuesday, February 28, 2012

Resepi PUDING CENDOL

 

 Bahan-bahan:
1/2 paket agar2 (20 gm)
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara menyediakan:
1. Rebuskan agar2 dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi, tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan dan hidangkan.
 
cuba tau...jangan tak cuba...sedap nih..
SELAMAT MENCUBA

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

TAHNIAH MAWI & EKIN

 
TAHNIAH EKIN & MAWI

 
" Sebelum itu, minta maaf kerana terlambat sedikit berkongsi cerita gembira ini. Lama tidak mendengar khabar dari Mawi & Ekin kan? Selepas majlis perkahwinan mereka yang berlangsung lebih 3 tahun yang lepas pada tahun 2008, kini Mawi & Ekin telah pun dikurniakan cahayamata mereka yang pertama pagi tadi. Menurut rakan-rakan media, Ekin selamat melahirkan bayi perempuan pada jam sekitar pukul 4 pagi di sebuah hospital di Bangi. Difahamkan, bayi mereka dilahirkan secara normal dan berat ketika lahir adalah 2.8 kilogram.
Sebelum ini sudah 2 kali Ekin mengalami keguguran dan kini mereka berdua sudah boleh bergembira kerana dikurniakan Tuhan cahayamata. Masih tidak dapat dipastikan nama bayi Ekin dan Mawi ini, tapi majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat."

INFO : OHBULAN

Tahniah diucapkan kepada PENYANYI MAWI DAN ISTERI
kerana baru sahaja menimang cahaya mata
alhamdulillah, akhirnya tuhan perkenankan permintaan MAWI dan juga isterinya
syukur...anugerah yang ternilai harganya...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Monday, February 27, 2012

4 Petua MESTI cuba....( Part 2)


4 Petua  mesti cuba Part 2...hari ni kita berkongsi 4 lagi petua...ok?

1) Kacang hijau cepat lembut

Siapa yang suka makan bubur kacang tu, kompom tersenyum bila dah jumpa petua ni kan? ok...untuk mempercepatkan kacan hijau tu kembang, terlebih dahulu rebus kacang hijau tu bersama satu sudu minyak masak. Setelah tu, baru la dibuat bubur. Cara nih jugak boleh dipraktikkan untuk masak pulut hitam....suka tak?

2) Cara buang lemak daging

Daging yang berlemak menambahkan kolestrol di dalam darah. Oleh itu, untuk mengurangkan lemak daging atau ayam, korang boleh perapkan terlebih dahulu dengan tepung gandum selama 30 minit. Dengan cara nih, korang akan dapati lemak-lemak tersebut dengan mudahnya dibuang dan korang jangan lupa pulak untuk membersihkannya sebelum proses memasak dan seterusnya...senangkan?

3) Ikan goreng lebih garing

Masa korang menggoreng ikan, tumbuk bawang merah dan serai sehingga lumat.Kemudian, korang gaulkan bersama cili kering dan asam jawa yang telah dikisar. Gaulkan dan sebatikan pada ikan korang. Korang perapkan ikan tadi selama 10 minit lebih kurang...lepas tuh, korang boleh la mengoreng ikan tu...ikan akan lebih sedap dan garing...sedap kan?

4) Air beras atasi bau petai

Memang sedap makan petai...tapi yang tak tahannya bau mulut yang tak tahan tuh...ok ni ada petua yang berguna untuk pengemar-pengemar petai...Sebelum memasak petai, korang rendam dulu dalam air beras selama 1 jam...Lepas tuh korang bersihkan macam biasa sebelum korang nak masak ataupun nak buat ulam..
haaa...senang je kan? lepas nih boleh la makan petai dah...

SELAMAT MENCUBA



AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, February 24, 2012

Suami lafaz talak 3 bila tahu isteri ada lelaki simpanan


            Kita selalu mendengar kisah suami yang punya perempuan simpanan, namun ketika ini tidak mustahil perkara yang sama dilakukan oleh isteri. Bila tembelang suami pecah maka isteri tentu akan naik angin, perasaan sedemikian juga akan dirasai oleh suamiyang dicurangi.

        Boleh jadi perkara ini membuatkan mereka hilang pedoman dan melakukan perkara yang tidak dijangka.Begitu jualah dengan Kadir. Mengenangkan sikap isteri yang disayanginya melakukan perbuatan melampaui batas, kemarahannya meluap-luap. Mujurlah dia masih waras dan mampu mengawal emosi. Ia menghalangnya daripada melakukan perbuatan jenayah.

          Belum pernah Kadir mengalami tekanan seumpama itu. Jika dugaan dalam perniagaan mampu dihadapi kerana sudah biasa melaluinya namun dugaan dalam rumah tangga angkara isteri membuatkan jiwa terasa kosong dan hidupnya tidak keruan.

          Sekalipun perkahwinan bersama Julia bukan perkahwinan pertama Kadir, namun kesemua bekas isterinya terdahului tidak pernah membuat kerja jahat dan melakukan kecurangan.

              Semuanya taat dan baik-baik belaka, hanya Kadir saja yang merasa sikap mereka kurang mencabar  dan akhirnya berakhir dengan penceraian. tetapi bagi isterinya Julia, dia berani melakukan kerja tidak beradap tersebut.

              Segala-galanya berpunca dari sikap Julia yang mempertahankan kebebasan dan Kadir menurut saja kehendak tersebut tanpa sebarang syarat. Biarlah apa yang dilakukan oleh isterinya itu asal hati wanita itu tetap menyayanginya. tapi Kadir lupa, dengan keizinan bebas menyebabkan Julia terlupa status diri dan kedudukan dirinya sendiri.

              Malah dengan perbezaan usia menjangkau 20 tahun antara Kadir dan Julia, mereka kelihatan seperti bapa dan anak, bukan sebaliknya. Jiwa kadir yang muda tidak menghiraukan perbezaan tersebut.

        Segala kemewahan dan keperluanduniawi, Kadir melimpahkan kepada Julia. Apa sahaja yang dimahukan isterinya itu dituruti. Dia tetap menyediakan wang belanja yang tidak diketahui berapa jumlahnya saban bulan selain cuba untuk memastikan keperluan Julia dipenuhi.

        Dalam perbicaraan, Kadir ditanya tentang niatnya menceraikan Julia dengan talak 3 sekali gus. Sekalipun, di dalam perenggan tersebut tertulis dengan situasi Kadir pada masa kejadian, Hakim Bicara tetap bertanya bagi pengesahan.

           Kadir dalam keadaan tenang menerangkan bahawa dia dalam keadaan  marah yang terkawal dan mengikut hati mengucapkan perkataan tersebut. Ujarnya lagi, memandangkan perbuatan Julia tidak boleh diterima mahupun dimaafkan, jumlah talak tersebut  adalah sesuai bagi dirinya.

           Biarlah "kekasih gelapnya" memperisterikan Julia sesudah itu, jika lelaki tersebut benar-benar mahukan Julia, bukan kemewahan wang ringgitnya. Hakim Bicara yang mendengar dan menyalin keterangan itu pelik dengan kejadian yang berlaku.

             Ketika disuarankan soalan kepada Julia, dia mengakui ada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Malah hubungan tersebut tidak diketahui oleh Kadir sama sekali. Julia yang agak tertekan dengan keadaan, terpaksa memberitahu dengan jujur di dalam dewan, sekalipun mengetahui ia adalah kesalahan berat dan memalukannya juga.

          Namun keadaan Julia seperti kebanyakan orang lain, yang merasa wajib untuk bercakap benar. Malah apabila berada di dalam dewan Mahkamah Syariah, mereka seolah-olah tiada pilihan lain untuk berdalih. 
             
      "Kenapa perlu ada kekasih gelap?" Soal Hakim bagi mendapatkan kepastian. Julia agak terperajatdengan soalan yang diajukan, cuba untuk menafikan status hubungan dengan mengatakan hubungan mereka adalah sekadar kawan dan teman biasa. Tidak lebih dari itu. Namun Kadir mengambil kesempatan yang ada untuk memarahi Julia dengan mengatakan Julia bercakap bohong di dalam Mahkamah dan menyuruh Julia menerangkan hal sebenar atau Kadir akan membongkarkannya.
 
         Julia merasa tertekan terpaksa jua mengakui bahawa hubungan mereka melebihi daripada sepatutnya. Julia sekali lagi menyalahkan Kadir kerana memberikannya terlalu banyak kebebasan sehingga berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

          Ujarnya lagi, mungkin dahulu dia menikahi Kadir kerana faktor kewangan lelaki itu kukuhdan menjamin masa depannya. Namun Julia mengakui terasa sunyi dan malu apabila keluar berjalan bersama Kadir yang sudah tua.

            Malah ada kawan-kawannya yang mentertawakannya berkahwin dengan lelaki yang seusia bapanya. Semua keadaan ini memalukannya, hinggakan Julia mengakui tertekan dan menyambung kembali hubungan bersama bekas teman lelakinya dahulu tanpa penngetahuan Kadir.

             Oleh kerana isu yang ditimbulkan agak menarik, Mahkamah terus menerus menanyakan soalan bagi mendapatkan kepastian terutamanya daripada Julia sendiri. Dalam keadaan terpaksa Julia menjawap.

             Katanya hubungan sulit itu telah lama terjalin, ianya sejak di awal perkahwinan lagi. Malah bertambah erat akhir-akhir ini.  Akhirnya Mahkamah menasihatkan Julia supaya bertaubat  dan menginsafi kesilapan yang telah dilakukan.

             Namun kesalahan yang berlaku tidak boleh mengubah kejadian talak tiga, tiada apa yang boleh mengubahnya. Sekalipun Kadir dan Julia cuba untuk berbaik, hubungan tidak mungkin berjaya, dan kedua-duanya terpaksa redha dengan apa yang telah berlaku.

oleh : ABU AMMAR ( majalah wanita mingguan 2011)            

                        



AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

4 Petua MESTI cuba....( Part 1 )


Kita orang melayu memang banyak petua terutamanya dari nenek moyang kita lagi soooo di sini ada 4 petua yg mesti korang @ sesiapa saja untuk cuba @ akan cuba apa petua tu? jom baca...mana la tahu, suatu hari nanti benda nih berguna jugak ....ok?

1) Mempercepatkan Pisang MASAK

Jika PISANG masih muda, cara mempercepatkan pisang masak dengan meletakkan sebiji buah epal merah bersama pisang. Bungkuskan kedua-dua buah ini bersama

2) Masakan tahan lama

Untuk memastikan masakan korang tahan lama, masukkan sekeping dua  asam keping di dalam apa jua masakan korang. Korang akan rasa kelainannya n akan rasa sedappppppppppppp

3) Ikan goreng enak dan tahan lama

Korang kena cuba petua nih untuk mengenakkan ikan goreng korang.caranya...kelar dua atau tiga bahagian badan ikan di kedua-dua belah selepas dibersihkan.Gaulkan bersama garam dan kunyit serta sedikit perisa. Kemudian selitkan hirisan asam keping di bahagian badan ikan yang korang kelar tadi. Goreng sehinggan ikan tuh garing. Hasilnyaaaaaa ikan goreng tadi pasti enak dan yang penting tahan lama...

4) Marjerin enakkan nasi lemak

Nasi lemak menjadi sarapan pagi yang sangat popular di Malaysia ni, dan menjadi pilihan tidak kira bangsa dan agama. Untuk menyedapkan lagi nasi lemak, korang boleh menambahkan sesudu marjerin dan gula ke dalam santan yang telah dimasukkan hirisan halia dan bawang merah. Tapi jangan lupa, secubit garam dan masukkan dua helai daun pandan.Pasti aroma nasi lemak korang terangkat lepas nih....

SELAMAT MENCUBA...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, February 23, 2012

TUTORIAL UPDATE BLOG MELALUI EMAIL

 
 
Ok, mesti ramai yang nak tahu macam mana update blog dengan guna email je kan?haaaa, bukan apa, senang sikit kan, kadang-kadang tak sempat nak bukak blog, sempat baca email je kan, so sambil-sambil baca email tuh boleh la update blog yg tertunggak-tunggak kan? ataupun ada cerita panas nak post cepat-cepat...sekarang kat email pun boleh dah....

jom kita buat TUTORIAL ekkk....
 


untuk update blog melalui email, pertama sekali KLIK ICON ENVELOP kat dashboard tu dulu, pastu akan keluar box macam nih...


ada tak? ada kan? ok...taipkan password blog korang kat box anak panah tuh...contohnya, kalo password korang 36547, maka 36547 la kat dalam box tuh...tapi kena ingat tau, pastikan tak ada orang lain tau password korang tuh, kalo ada orang tau habis la....dia godam nya blog korang tuh, hati-hati ye...

ok, bila dah masukkan password tuh, korang save, n pasti ENVELOPE tu bertukar colour peace
so sekarang dah boleh update melalui email dahhhhh

caranya?....cam nih



 haaa, sama je macam kita nak hantar email gak...kiranya ada email n password yg kita daftar tadi tuh jadi alamat email untuk update blog kita serta merta...taip je amni_shiro.12345@blogger.com.n bahagian subject tu tajuk cerita korang , nak attach file pun boleh jugakkkk...mudah je kan????

KREDIT kpd ardiniHumaira sbb sudi berkongsi tutorial nih...

SELAMAT MENCUBA...
 
 

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

TESTING TESTING

Wahhhh...meriah gitu
mana taknya...update blog dari email...
ok2...senang la sikit lepaas nih...sambil2 tengok email
boleh la update blog terus....
heheheheh...
TUTOTIAL?????
nanti kita update tutorial nya ekkk
tunggu tau....ni baru nak test test je...
tinggal dulu ye...


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Tuesday, February 21, 2012

Sunyi sepi je....

 
Sunyi dan sepi je opis hari nih
hermmmmmmm :(
dah la perot lapor...
tadi pagi makan bubur je...
mana cukup.....
rasanya dah macam-macam buatnya
ngantuk + lapor + sunyi 
opis macam dilanggar garudaaa...
ni kalo kentot nih...kompom dengor sampei ke belakang nih...




AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Sunday, February 19, 2012

Patah hari SABTU (tajuk oleh mukhrisz)


Sebab suka sangat melompat-lompat
akhirnya patah jugak 
bahagian depan pulak tuh....
(sambil taip nih pun nak gelak)



 
kan?????
dah tak handsome dah
tiap kali dia bercakap je
mama n ayah kompom gelak
gelak kan gigi nya yang tak ada tuh
entah cam mana ntah dia main
sampai patah gigi dibuatnya
masa mula2 kena tuh, bukan nak pujuk anak
tp gelak kan dia dulu....padahal masa tuh dia tak nangis lagi
dia macam terkejut je
bila mama n ayah dok gelak2, terus nangis.....
sedangkan mulutnya dah berdarah2 dah, mama n ayah dok gelak2 lagi
kesian kat mukish sbb kena gelak...
sampai sekarang mama n ayah dok gelak2 lagi kat  mukish...
dah la gigi tuh memang goyang, kena lak tgh main2 tersangkut kat kerusi
terus patah....

tu nak tunggu lagi 1 batang tuh nak patah lak
tu pun dah goyang2 dah.....

:) :) :) :)


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, February 16, 2012

Ape ke fesyen nye nih????

 
Aduhhhh...
pening kepala bila tengok picture nih.....
cer kome tengok..
 
 
 
Apa ke namanya fesyen nih????


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Tuesday, February 7, 2012

TIPS penjagaan JAM TANGAN...


Adakah anda gemar mengumpul jam tangan?
Atau, mungkin tidak langsung memilikinya.
Jangan macam tuh,masa yang berlalu amat-amat lah bernilai.
Buat para sahabat yg suka mengumpul jam tangan...
haaaaaaa kat sini ada tips berguna untuk anda...

"JANGAN KUMPUL JAM TANGAN DI SATU TEMPAT,
INI AKAN MENYEBABKAN BATERI JAM ANDA AKAN CEPAT HABIS"


hasil gambar en.google


ok?
selamat mencuba.....

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, February 1, 2012

ALHAMDULILLAH....masih bernafas lagi...



wow....
senyum sampai ke telinga
konon cuti nak rehat n tak nak buat kerja apa pun
alih2 kena jaga anak teruna sorang nih pulak 
sebab kena chicken pox...
hadiah birthday mama dari mukhrisz untuk mama
kesian mama....

tapi apa2 pun si ayah dah buat mama happy
happy sangat2...
nak tau apa dia????





Sejambak bunga ros + kek comei untuk 4 beranak je + angpau
nampak tak lilin tuh ada berapa batang?
haaaaaaaaa...jgn terkejut....

YA ALLAH...aku bersyukur kerana Engkau telah mengizinkan aku 
untuk bernafas di muka bumi mu ini sehingga ke hari ini...
aku bersyukur kerana Engkau telah mengurniakan aku dengan 
satu keluarga yg bahagia dengan amalan Mu...
anak2 yg bijaksana dan comel
ALHAMDULILLAH...aku sangat-sangat berterima kasih kepada Mu YA ALLAH
aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang isteri yg solehah dan taat dengan agama Mu serta 
seorang ibu yg boleh mendidik anak2nya ke jalan yang diredhai oleh Mu....
amin...amin...amin...ya rabbal 'alamin

Bertambah sudah usia aku
Nombor hanya lah satu angka
tak semestinya dengan bertambah nya angka itu
bermakna kita dah tua....takkkkk
jgn anggap diri dah tua...anggap je muda selalu...
angka tetap angka kan?
apa aku merepek nih????...

semoga dengan pertambahan usia nie
aku akan menjadi dengan lebih matang lagi dalam pemikiran
dan dlm segala hal..
semoga TUHAN akan permudahkan segala urusan ku di dunia dan juga di akhirat
dan semoga TUHAN perluaskan pintu rezeki ku sekeluarga
dan permudahkan segala urusan perniagaan yg aku ceburi ni dengan jayanya
amin.....



model tak berbayar....

Sambut hanya 4 beranak je kat rumah
nak kuar jalan2 pun tak boleh sangat 
sebab mukhrisz tak sihat
ni konon ayah nak buat surprise la kat mama
sekali si mukhrisz dah cakap dulu ayah buat serprise untuk mama
bertuah betul....
si ayah dah bising2 dah...jgn bagi tau...
tapi apa2 pun 
terima kasih banyak kat EN.TUN
sbb sudi buat kejutan untuk birthday mama...
tq very much....

1000x senyum.....













































AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CEE..CITER..CEE CITER

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="48" id="TextSpace">

LCD Text Generator at TextSpace.net

SiLaKaN MaSuK..

AINA dlm HARI

AINA dlm HARI
MASA DLM PANTANG LAGIKKK... lahir 3.75 kg

ABG N KAKAK

ABG N KAKAK
sehati n sejiwa

KENANGAN

KENANGAN
@ AVANZA..skrg ALZA

KaKaK & AbAnG g BeRaYa

KaKaK & AbAnG g BeRaYa
25hb September 2010

anak2 n mak tok

anak2 n mak tok
Semua berbelang2

melaram @ KenDuRi SePuPu

melaram @ KenDuRi SePuPu

GILA AKU DENGAN NOVEL

1) SEBENARNYA..SAYA ISTERI DIA! ( sendiri )
2) TERLANJUR MENCINTAIMU ( pinjam )
3) KAMI DAH KAHWINLAH ( sendiri )
4) TEKNIK MEMIKAT SUAMI ( pinjam )
5) ADAM DAN HAWA ( on d way)
6) AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU ( on d way )
7) KALAU DAH SAYANG ( on d way )