CEEE...CITER..CE CITER..

SaPe NaK Kwn NgAn SaYa?????...Tak NaK KwN NgAn SaYa Ke?????

PART TIME CRAFTER

PART TIME CRAFTER
sekiranya berminat blh la klik pada gambar, sesuai untuk hadiah harijadi / untuk buah hati / untuk hiasan kereta / apa2 saja... :) dan jangan lupa TINGGALKAN LINK ANDA DI SHOUT BOX disebelah kanan anda...

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )
RM43 termasuk postage / COD sekitar PUTRAJAYA

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E
KELEBIHAN COLLAGEN PLUS VIT E.. # MENGHILANGKAN JERAGAT/JERAWAT #UNTUK AWET MUDA #MENGHAPUSKAN KULIT YANG KUSAM #MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM #MENGANJALKAN KULIT WAJAH #MENGECILKAN PORI-PORI

Friday, February 24, 2012

Suami lafaz talak 3 bila tahu isteri ada lelaki simpanan


            Kita selalu mendengar kisah suami yang punya perempuan simpanan, namun ketika ini tidak mustahil perkara yang sama dilakukan oleh isteri. Bila tembelang suami pecah maka isteri tentu akan naik angin, perasaan sedemikian juga akan dirasai oleh suamiyang dicurangi.

        Boleh jadi perkara ini membuatkan mereka hilang pedoman dan melakukan perkara yang tidak dijangka.Begitu jualah dengan Kadir. Mengenangkan sikap isteri yang disayanginya melakukan perbuatan melampaui batas, kemarahannya meluap-luap. Mujurlah dia masih waras dan mampu mengawal emosi. Ia menghalangnya daripada melakukan perbuatan jenayah.

          Belum pernah Kadir mengalami tekanan seumpama itu. Jika dugaan dalam perniagaan mampu dihadapi kerana sudah biasa melaluinya namun dugaan dalam rumah tangga angkara isteri membuatkan jiwa terasa kosong dan hidupnya tidak keruan.

          Sekalipun perkahwinan bersama Julia bukan perkahwinan pertama Kadir, namun kesemua bekas isterinya terdahului tidak pernah membuat kerja jahat dan melakukan kecurangan.

              Semuanya taat dan baik-baik belaka, hanya Kadir saja yang merasa sikap mereka kurang mencabar  dan akhirnya berakhir dengan penceraian. tetapi bagi isterinya Julia, dia berani melakukan kerja tidak beradap tersebut.

              Segala-galanya berpunca dari sikap Julia yang mempertahankan kebebasan dan Kadir menurut saja kehendak tersebut tanpa sebarang syarat. Biarlah apa yang dilakukan oleh isterinya itu asal hati wanita itu tetap menyayanginya. tapi Kadir lupa, dengan keizinan bebas menyebabkan Julia terlupa status diri dan kedudukan dirinya sendiri.

              Malah dengan perbezaan usia menjangkau 20 tahun antara Kadir dan Julia, mereka kelihatan seperti bapa dan anak, bukan sebaliknya. Jiwa kadir yang muda tidak menghiraukan perbezaan tersebut.

        Segala kemewahan dan keperluanduniawi, Kadir melimpahkan kepada Julia. Apa sahaja yang dimahukan isterinya itu dituruti. Dia tetap menyediakan wang belanja yang tidak diketahui berapa jumlahnya saban bulan selain cuba untuk memastikan keperluan Julia dipenuhi.

        Dalam perbicaraan, Kadir ditanya tentang niatnya menceraikan Julia dengan talak 3 sekali gus. Sekalipun, di dalam perenggan tersebut tertulis dengan situasi Kadir pada masa kejadian, Hakim Bicara tetap bertanya bagi pengesahan.

           Kadir dalam keadaan tenang menerangkan bahawa dia dalam keadaan  marah yang terkawal dan mengikut hati mengucapkan perkataan tersebut. Ujarnya lagi, memandangkan perbuatan Julia tidak boleh diterima mahupun dimaafkan, jumlah talak tersebut  adalah sesuai bagi dirinya.

           Biarlah "kekasih gelapnya" memperisterikan Julia sesudah itu, jika lelaki tersebut benar-benar mahukan Julia, bukan kemewahan wang ringgitnya. Hakim Bicara yang mendengar dan menyalin keterangan itu pelik dengan kejadian yang berlaku.

             Ketika disuarankan soalan kepada Julia, dia mengakui ada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Malah hubungan tersebut tidak diketahui oleh Kadir sama sekali. Julia yang agak tertekan dengan keadaan, terpaksa memberitahu dengan jujur di dalam dewan, sekalipun mengetahui ia adalah kesalahan berat dan memalukannya juga.

          Namun keadaan Julia seperti kebanyakan orang lain, yang merasa wajib untuk bercakap benar. Malah apabila berada di dalam dewan Mahkamah Syariah, mereka seolah-olah tiada pilihan lain untuk berdalih. 
             
      "Kenapa perlu ada kekasih gelap?" Soal Hakim bagi mendapatkan kepastian. Julia agak terperajatdengan soalan yang diajukan, cuba untuk menafikan status hubungan dengan mengatakan hubungan mereka adalah sekadar kawan dan teman biasa. Tidak lebih dari itu. Namun Kadir mengambil kesempatan yang ada untuk memarahi Julia dengan mengatakan Julia bercakap bohong di dalam Mahkamah dan menyuruh Julia menerangkan hal sebenar atau Kadir akan membongkarkannya.
 
         Julia merasa tertekan terpaksa jua mengakui bahawa hubungan mereka melebihi daripada sepatutnya. Julia sekali lagi menyalahkan Kadir kerana memberikannya terlalu banyak kebebasan sehingga berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

          Ujarnya lagi, mungkin dahulu dia menikahi Kadir kerana faktor kewangan lelaki itu kukuhdan menjamin masa depannya. Namun Julia mengakui terasa sunyi dan malu apabila keluar berjalan bersama Kadir yang sudah tua.

            Malah ada kawan-kawannya yang mentertawakannya berkahwin dengan lelaki yang seusia bapanya. Semua keadaan ini memalukannya, hinggakan Julia mengakui tertekan dan menyambung kembali hubungan bersama bekas teman lelakinya dahulu tanpa penngetahuan Kadir.

             Oleh kerana isu yang ditimbulkan agak menarik, Mahkamah terus menerus menanyakan soalan bagi mendapatkan kepastian terutamanya daripada Julia sendiri. Dalam keadaan terpaksa Julia menjawap.

             Katanya hubungan sulit itu telah lama terjalin, ianya sejak di awal perkahwinan lagi. Malah bertambah erat akhir-akhir ini.  Akhirnya Mahkamah menasihatkan Julia supaya bertaubat  dan menginsafi kesilapan yang telah dilakukan.

             Namun kesalahan yang berlaku tidak boleh mengubah kejadian talak tiga, tiada apa yang boleh mengubahnya. Sekalipun Kadir dan Julia cuba untuk berbaik, hubungan tidak mungkin berjaya, dan kedua-duanya terpaksa redha dengan apa yang telah berlaku.

oleh : ABU AMMAR ( majalah wanita mingguan 2011)            

                        



AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CEE..CITER..CEE CITER

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="48" id="TextSpace">

LCD Text Generator at TextSpace.net

SiLaKaN MaSuK..

AINA dlm HARI

AINA dlm HARI
MASA DLM PANTANG LAGIKKK... lahir 3.75 kg

ABG N KAKAK

ABG N KAKAK
sehati n sejiwa

KENANGAN

KENANGAN
@ AVANZA..skrg ALZA

KaKaK & AbAnG g BeRaYa

KaKaK & AbAnG g BeRaYa
25hb September 2010

anak2 n mak tok

anak2 n mak tok
Semua berbelang2

melaram @ KenDuRi SePuPu

melaram @ KenDuRi SePuPu

GILA AKU DENGAN NOVEL

1) SEBENARNYA..SAYA ISTERI DIA! ( sendiri )
2) TERLANJUR MENCINTAIMU ( pinjam )
3) KAMI DAH KAHWINLAH ( sendiri )
4) TEKNIK MEMIKAT SUAMI ( pinjam )
5) ADAM DAN HAWA ( on d way)
6) AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU ( on d way )
7) KALAU DAH SAYANG ( on d way )