
Woooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!
Memang BEST cerita nih...comeiiiiiiiiiiiiiiiiiii
(bagi aku la...tp kalo orang lain aku tak tau la)
dan yang penting AKU n DIA je yang pergi..
anak TINGGAL kat rumah...hahahahahahah
cintan cintun sekali sekala apa salahnya kan?
SINOPSIS "INSTABUL AKU DATANG"
Dian adalah seorang gadis yang periang dan manja.
Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.
Masalahnya, Azad kini sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan kursus ini tempohnya enam
tahun! Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad,
supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad
meneruskan pengajiannya.
Malang
sekali, bila tiba di Istanbul Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau yang
kehadiran Dian akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak senang yang Dian
menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang kawan-kawannya yang lain.
Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru. Namun, ia tidaklah
semudah yang disangka. Setelah membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri
pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu – rumah itu sudah pun diduduki,
oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris!
Oleh kerana tuan rumah yang sebenar
telah pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu
kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di
situ. Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan
yang teman serumahnya begitu menjengkelkan! Pada masa yang sama, Dian terpaksa
merahsiakan situasinya dari Azad, yang pastinya akan mengamuk jika dia mendapat
tahu yang Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! Bagaimanakah kesudahan
perang antara dua teman serumah ini? Dan berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan
cincin pertunangan dari Azad? Saksikan babak² komedi romantik lakonan hebat LISA SURIHANI , BETO & TOMOK...
TRAILER "INSTABUL AKU DATANG"
TRAILER "INSTABUL AKU DATANG"
No comments:
Post a Comment