
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tempat letak kereta tambahan itu dibina dalam kawasan hospital dan kawasan berhampiran di luar jika ada.
“Beberapa hospital sudah memulakan perkhidmatan shuttle bagi mengangkut pesakit pergi-balik dari stesen bas berhampiran ke hospital,” katanya pada Sidang Dewan Negara, semalam.
Beliau menjawab soalan Toh Puan Zaiton Mat Amin yang mahu tahu langkah kerajaan mengatasi masalah kesesakan tempat letak kereta di hospital kerajaan khususnya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Menurutnya, sebagai langkah tambahan, kerajaan sedang mengkaji kaedah pengurusan tempat letak kereta oleh pihak swasta membabitkan kementerian membiayai pembinaan tempat letak kereta dan pihak swasta bertanggungjawab menyelaras pengurusan dan penyelenggaraannya.
Selain menampung sendiri perbelanjaan membina, katanya, kementerian juga sedang mengkaji pembinaan tempat letak kereta bertingkat menggunakan kaedah pembiayaan swasta (PFI).
**** Memang ini yang sepatutnya dilakukan dari dulu lagi...bukan sahaja di HOSPITAL KERAJAAN, malah di JABATAN KERAJAAN pun sama...sebab sekarang nih, bukan nya pekerja @ kakitangan nak naik bas, mereka lebih selesa naik kenderaan sendiri...sbb apa? sebab senang nak berurusan diluar, contohnya nak ambil anak balik sekolah, nak hantar anak kelas tambahan, nak balik kerja lewat pun senang...tanpa nak tunggu bas berjam-jam, yang kadang-kadang mengundang malapetaka yang tak diigini berlaku...nauzubillah...memang kos nak buat parking bertingkat tinggi, tapi kalau dikira semula banyak faedah dan keuntungannya...lagi pun tak ada la orang nak komplen parking susah la...elok boleh sampai awal, dah lambat jadinya sebab cari parking..dan lagi satu, harga parking...kalau untuk staff seelok-eloknya beri la pas bulanan yang berbaloi..tak la membebankan staff, tambahan sekarang semua nya naik melambung, dari makanan sampai la perkhidmatan...semua naik mendadak...tak kesah la orang kata duduk pekan besar nih belanjanya pun besar...jadi pandai-pandai la kita nak berbelanja...******
# pikir-pikirkan bersama untuk keuntungan bersama
No comments:
Post a Comment