- Tunaikanlah solat dengan awal.
Kerana Allah menyukai orang yang solat tepat pada masanya.
- Pakailah selipar apabila masuk ke bilik air.
Kerana rumah kita nanti dijamin bersih tanpa kesan najis.
- Makan & minumlah didalam bekas atau pinggan yang sempurna.
Kerana itu membawa berkat.
- Basuhlah pinggan & bekas makan selepas digunakan.
Kerana ia merupakan amalan yang baik.
- Teruskan berjaga & mulakan hari anda selepas solat subuh.
Kerana rezeki amat murah jika kita terus lakukan kerja.
- Bacalah Bismillah sebelum makan.
Kerana Allah amat suka orang yang melakukan sedemikian & makanan tidak
dikongsi dengan makhluk yang tidak sepatutnya.
- Keluarlah rumah dengan niat membuat kebajikan.
Kerana jika mati, anda mati dalam keimanan.
- Pakailah selipar yang berpasangan sesuai.
Kerana ia adalah amalan yang baik.
- Pandanglah benda2 yang baik apabila dalam perjalanan.
Kerana Allah sayang orang yang menjaga pandangannya.
- Segerakanlah taubat.
Kerana bila mati nanti kita bersyukur kerana telah bertaubat dengan segera.
- Minta maaf dengan Ibu & Bapa atau orang yang kita telah buat salah.
Kerana Allah sayang orang yang letak egonya dibawah tapak kaki dan merendah
diri.
- Pujilah rakan2 dan sahabat disekeliling kamu.
Kerana nanti persahabatan anda akan berkekalan yang menjadi lebih kukuh.
- Tutuplah aurat bagi wanita2.
- Keranan lelaki amat suka & hormat wanita yang menutup aurat.
Sesungguhnya menutup aurat membawa banyak pahala & amat besar hikmahnya.
- Ingatilah kepada Allah selalu dalam apa jua kerja yang dilakukan.
Kerana apabila berjaya nanti, kepada Allahlah kita bersyukur.
- Bermurah-murahlah apabila bersedekah.
Kerana apabila kita bermurah dengan rezeki kita, Allah akan memberi kita lebih
rezeki.
- Banyakkan senyuman.
Kerana jiwa kita & orang disekeliling akan tenang bila kita senyum selalu.
- Bercakap benarlah sentiasa.
Kerana orang akan percaya kepada kita apabila kita bercakap & mereka akan
menghormati kita.
- Sayangilah Manusia & Haiwan.
Kerana doa2 mereka kepada kita akan membuat hidup kita penuh dengan keberkatan.
- Besedialah untuk Hari Akhirat.
Kerana hidup di Hari Akhirat itu adalah kekal abadi.
- Kenapa ISLAM itu berkata Buatlah ini & buatlah itu?
Kerana semuanya untuk kebahagiaan kita.
- ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
1 comment:
GOOD SHARING
Post a Comment