Adakah zakat pendapatan diwajibkan?
Ya, diwajibkan.
Apakah pengertian zakat pendapatan?
Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi. Pendapatan tersebut merangkumi:
- Gaji
- Tunggakan gaji
- Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
- Pendapatan
- Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan seperti royalti, sewa rumah dan lain-lain)
Apakah dalil wajib zakat pendapatan?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” Sabda Nabi Muhammad S.A.W. riwayat Ahmad yang bermaksud: “Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dan dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia tidak bersedekah dengannya, dengan harapan ia akan diterima dan tidak pula ia tinggalkannya sebagai harta pusaka (sesudah ia meninggal) melainkan dia itu sebagai bekalannya ke neraka” (Riwayat Ahmad)
( tak ada kena mengena gambar ni ngan cerita zakat kita, saja je upload supaya korang tak mengantuk)
Gaji dan pendapatan bebas wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat berikut:
- Islam
- Merdeka
- Pemilikan sempurna
- Cukup nisab
- Haul
- Pendapatan halal
Berapakah kadar zakat pendapatan?
Kadar zakat pendapatan ialah sebanyak 2.5%.
Apakah sandaran yang mengatakan kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5%?
Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Ini kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk mata wang/nilai wang. Saidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun." (Riwayat Abu Daud)
untuk lebih Pahaman KLIK SINI - KUTIPAN ZAKAT(selangor)
untuk lebih jelas KLIK SINI - UTUSAN MALAYSIA ONLINE (bicara agama)
Bila semuanya dah selesai n bersih...tak ada la kita jadi macam orang kat bawah nih...
ada duit pun banyak lagi masalah nya...so kalo tak nak jadi macam tuh, kita bersihkan apa yang sepatutnya dibersihkan...
No comments:
Post a Comment