ni nak bg resepi PUDING ROTI
tapi tak la best mana pun
mgkn ada yg lagi best dari nih
kalo ada siapa2 yg nak mencuba
boleh la try resepi nih
sgt senang n mudah
dlm masa 1/2 jam blh siap
PUDING ROTI
BAHAN-BAHAN
- 6 keping roti
- 3 biji telur ayam
- 1 1/2 sudu besar butter - cairkan
- 1/2 cawan gula
- 350ml fresh milk
- 1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe
- kismis ikut suka hati
CARA-CARA
- Toast roti ke dalam toaster / atas kuali sehingga garing Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
- Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
- Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
- Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.
- Angkat, hidang dan ngap..hehehe.. Sedap di makan begitu sahaja, nak lagi besh boleh makan dengan aiskrim vanilla... Selamat mencuba..
2 comments:
Nyummy3!!!! ;)
cedap3...
Post a Comment