CEEE...CITER..CE CITER..

SaPe NaK Kwn NgAn SaYa?????...Tak NaK KwN NgAn SaYa Ke?????

PART TIME CRAFTER

PART TIME CRAFTER
sekiranya berminat blh la klik pada gambar, sesuai untuk hadiah harijadi / untuk buah hati / untuk hiasan kereta / apa2 saja... :) dan jangan lupa TINGGALKAN LINK ANDA DI SHOUT BOX disebelah kanan anda...

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )
RM43 termasuk postage / COD sekitar PUTRAJAYA

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E
KELEBIHAN COLLAGEN PLUS VIT E.. # MENGHILANGKAN JERAGAT/JERAWAT #UNTUK AWET MUDA #MENGHAPUSKAN KULIT YANG KUSAM #MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM #MENGANJALKAN KULIT WAJAH #MENGECILKAN PORI-PORI

Wednesday, October 31, 2012

DURIAN CREPE @ KETAYAP DURIAN

 
 
Baru je beberapa hari yg lalu dengar cerita pasal DURIAN CREPE ni...tup-tup hari nih dapat rasa DURIAN CREPE...alhamdulillah...rezeki ALLAH..
makannya sesuap je, tapi baunya...almaklum la..RAJA BUAH kan?
baunya...memang lama la..silap-silap sampai ke petang nih...sedawa pun sedawa durian...mak aiiiii...penangan durian nih memang kaw kaw la...
bagi aku sedap la...memang rasa durian...kalo di GOOGLE resepinya..macam senang je...
ok la jugakkan...tapi aku nak bagi nama sikit la kat DURIAN CREPE nih..." KETAYAP DURIAN"..
ok tak? sebabnya cara nak buat kulitnya lebih kurang je macam nak buat kuih ketayap...heheheh..rosak resepi betul la aku nih kan...apa pun kredit pada CUPPYCAKE SARA...sedapppp....
 
 gambar pinjam dari blog hanim
pinjam ye hanim...
kalau ada yang tercari-cari resepi DURIAN CREPE @ KETAYAP DURIAN ni
boleh klik blog MASAM MANIS ni...kat sini macam-macam ada...
 

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Tuesday, October 30, 2012

Apa yang aku RASA sekarang????!!!!!!!!!!

 


Ini lah yang aku rasa sekarang.....
sejuknya mengalahkan duduk kat kutub...sejukkkkkkkkkkkkkkkkk
nak tekan keyboard ni pun tak berasa...
huhuhuhuhuhuhu...sejukkkkkkkk..

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Monday, October 22, 2012

mata...bertentang..hatiku mula mendatang siang dan malam hati tergoda...

 





aktiviti bila di hujung minggu?????!!!!!!
lalalalalalallalalalal

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Saturday, October 20, 2012

Sebenarnya, saya ISTERI dia!

 

Aduh!!!!... tak tau la macam mana aku boleh terjebak ngan novel nih..
kalau dah start baca kompom satu keje pun tak boleh buat..
ni asalnya baca online je... kat PENULISAN2U...kat situ apa yg tak ada...semua ada..
suka2 je layan tajuk nih...sekali memang best...
melayang-melayang la jugak kan...berangan ( gatai )
sekali baca online...tup tup separuh je...
dia suruh beli buku...huhuhuhu...

esoknya memang gagah la pegi cari
alhamdulillah jumpa kat P15 tuh...
harganya RM30..puas hati sebab bukunya tebal...
amek kawwww...


sambil-sambil baca online...boleh dengar lagu...syokkkkk

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, October 19, 2012

KELAS MENARI tanpa bayaran...berminat boleh pm ye..

  
video 

Ni la dia...anak dara aku sorang nih...dari dulu sampai la sekarang dah umurnya 5 tahun lebih...
ni la kerja dia bila ada masa..
MENARI...masa nih umur aina 3 tahun lebih...
(abaikan background yg berselerak ekkk)..
 


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, October 18, 2012

CINTAKU KERANA AGAMA

 
MUTIARA KATA
 
" Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu."
 
(Imam NAWAWI)

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Tuesday, October 16, 2012

TUAH AYAM nampak di KAKI...TUAH ORANG siapa yang tahu...

 

Bak kata pepatah...
REZEKI JANGAN DI TOLAK..MUSUH JANGAN DICARI
haaa...itu la papatah kita hari nih...
ALHAMDULLAH...rezeki tengah hari nih
ada orang belanja makan tengah hari...
NASI BRIYANI ANJE @ BANGI
tapi bungkus je...orang yang belanja nih dapat rezeki lebih...tu yang dia belanja 1 opis dia..
ALHAMDULILLAH...
dan atas kebelanjaan tu jugak.. dia selamat melahirkan baby BOY seberat 3.38kg hari nih..
memang rezeki anak la kata orang...
TAHNIAH BUAT MAI...dan terima kasih sebab sudi belanja kami...
Semoga TUHAN akan melimpah ruahkan lagi rezeki buat MAI n FAMILY...

ni gambar nya hasil dari EN.GOOGLE...



AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Monday, October 15, 2012

Semua dah habis...

 

Pagi tadi sarapan spageti...itu pun lebih semalam punya..ok la kan? tapi aku dok jalan gak mencari kuih sekali kuih pun dah habis...mana taknya pergi beli kuih dah pukul 8 pagi...memang tak ada harapan la kuih sedap-sedap nak ade...jangan nak berangan k???? kalo ada kuih boleh la buat bekalan pukul 10 pagi punya makan...heheheh...makan je kojenya...

Bila dah tengah hari, pergi kafe nak beli makanan..tapi keluar pun lambat la sikit dari biasa...sekali bila dah sampai..kebanyakkan nya dah habis...yang ado..hujung-hujung ekor ikan je...so apa lagi..terus amik makanan anak dulu..kang tak pasal-pasal anak teruna aku sorang tu buat muka sebab tak ada lauk yang dia nak...lauknya senang je NASI + AYAM GORENG + KUAH KARI ... tu je lauknya...

Mama dia makan bihun sup je...sedeh..kompom malam nih makan nasi punya...macam mana nak diet nih..nasi tak boleh nak tinggal..kot-kot mana pun nak nasi jugak...

Moralnya lepas nih rajin-rajin masak n bawa bekal je g kerje...tak yah nak kalot-kalot g cafe beli makanan yang kejap banyak kejap sikit tu...



AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

LAYU je...

 

Salam pagi  ISNIN semua...sihat? macam mana ngan keje hari nih? best? ....aku jugak yang tak best...malasnya nak keje hari nih...kalo namanya hari ISNIN mesti mood ke laut ke langit bagai...malassssssssssss...

2 hari cuti rasanya macam tak cukupppp...nak cuti lagi..kalau la cuti aku nih banyak lagi, pagi-pagi lagi dah call kata EL hari nih...huhuhuhu..

Hari jumaat malam hari tuh ada BOWLING dengan budak-budak opis nih...saje je suka suki beramah mesra dengan kengkawan n dengan bos-bos sekali...masa main memang tak hinggat la...seronoknya sbb dah lama tak main...lama tak lama jugak la...2 tahun ada kot...lemak pun dah naik tepu kot...

Bila bangun esok paginya...ada terasa jugak la sengal-sengal kat badan, tapi under control lagi...boleh jalan-jalan lagi g gombak celebrate birthday anak member " AHMAD DHANI SOLIHIN " . Masa kat umah memang tak masak beriya, hanya makan roti n telur je anak beranak, sbb nak pulun makan kat birthday party, jahat kan??? nasib baik ada nasi...NASI KERABU...sedappppp tapi sayang tak ada lauknya...ada sampah sarap je...nasib baik ada ayam BBQ...so makan ngan ayam tuh la...masa nih dah terasa dah badan-badan ni sakit...tapi tak yah layan la sangat...ngada je tuh..

Esoknya..AHAD...uihhhh dah terasa dah...bangun pun lambat..sakitnya bebadan..hari ke 2 terasa sangat...tangan kanan sakit n B***** kiri sakit...senang cerita semua sakit...alaaaaaaa...nak masak pun malas dah ...last2 masak spageti je untuk anak2 n husband...tu je yg senang..dah siap semua...tidooooooooo...sakit bebadan...tu la sbb malas nak bersenam...asyik kumpul lemak je...haaaa hamik kaw...

Tu sebab bila ISNIN ( pagi nih ) malas...baju pun cari yang tak payah gosok...gosok tudung je...punya la malas...ni nak tunggu waktu balik je...nak baring-baring depan TV... heheheh

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, October 12, 2012

entry GATAI + GEDIK hari nih...

 
i LoVe U.....
i MiSs U...
 
 
 hasil EN.GOOGLE
 
Tiba² tergedik...hahhaha

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, October 11, 2012

YA ALLAH...betapa nikmatnya kurniaan mu..

Dah berapa lama tak makan buah nih...siap cicah ngan 
KICAP + BELACAN + CILI PADI = CEDAP CANGAT
itu je yang mampu diperkatakan buat masa sekarang
terliur tak????
aku yang tengah mengupload nih pun terliur, inikan korang yang dapat tengok gambar je kan??? heheheh
layan la picture tu ekkk...buahnya dah abis dah... :)

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, October 10, 2012

RAHSIA - RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

 

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca
oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s..a.w, "Sesungguhnya seorang Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga
boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan
memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki
darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/ kundar ) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula..

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

"Cukuplah Allah untuk (menolong kami), dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadanya segala urusan kami)". (Surah Ali-Imran:173)

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Tetamu tak diundang...

 
 
ALLAHHH...kenapa la ko ni suka sangat tumbuh kat bibir haaa..
sakit tau tak...rupa je kecik tapi
sakitnya...ALLAH...sakit tau tak???
pastu ko tinggalkan bekas
bekas @ tapak ko tu dah la lama
silap² jadi tahi lalat 2 bulan...
kadang² ada manisnya...kadang² menyampah i...
memang la tak banyak tumbuh, ada 1 biji je...tapi sakitnya...huhuhuhuhu
nak basuh muka pun sakit..
 
Entah apa² kan aku nih
pasal benda nih pun nak kecoh...kesah apa???
kesah JERAWAT...hahahahaha
semua orang ada jerawatkan?? tipu la kata tak ada kan??
 
huuuuuuuuu...sangat menguji kesabaran wajah ku...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, October 3, 2012

FADHILAT ;CIUM ANAK DAPAT PAHALA, CIUM SUAMI GUGUR DOSE DAN CIUM ISTERI BAHAGIALAH SELAMANYA

 

1. Fadhilat mencium anak
  
 
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak. 

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

2. Fadhilat mencium suami.



Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri. 

Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar. 

Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok. 

Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.
Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya. 

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh. 

Benar.

Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah????? 

3. Fadhilat mencium isteri.

 
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.
Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis: 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ 

 
Maksudnya;

“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”
 
Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. 

Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya. 

Mengapa?

Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu. 

Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan. 

Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana????? 

Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari.
Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini” 

Di situlah datangnya bahagia ~~~ 

Kesimpulan:
 
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti. 

p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CEE..CITER..CEE CITER

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="48" id="TextSpace">

LCD Text Generator at TextSpace.net

There was an error in this gadget

SiLaKaN MaSuK..

AINA dlm HARI

AINA dlm HARI
MASA DLM PANTANG LAGIKKK... lahir 3.75 kg

ABG N KAKAK

ABG N KAKAK
sehati n sejiwa

KENANGAN

KENANGAN
@ AVANZA..skrg ALZA

KaKaK & AbAnG g BeRaYa

KaKaK & AbAnG g BeRaYa
25hb September 2010

anak2 n mak tok

anak2 n mak tok
Semua berbelang2

melaram @ KenDuRi SePuPu

melaram @ KenDuRi SePuPu

GILA AKU DENGAN NOVEL

1) SEBENARNYA..SAYA ISTERI DIA! ( sendiri )
2) TERLANJUR MENCINTAIMU ( pinjam )
3) KAMI DAH KAHWINLAH ( sendiri )
4) TEKNIK MEMIKAT SUAMI ( pinjam )
5) ADAM DAN HAWA ( on d way)
6) AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU ( on d way )
7) KALAU DAH SAYANG ( on d way )