CEEE...CITER..CE CITER..

SaPe NaK Kwn NgAn SaYa?????...Tak NaK KwN NgAn SaYa Ke?????

PART TIME CRAFTER

PART TIME CRAFTER
sekiranya berminat blh la klik pada gambar, sesuai untuk hadiah harijadi / untuk buah hati / untuk hiasan kereta / apa2 saja... :) dan jangan lupa TINGGALKAN LINK ANDA DI SHOUT BOX disebelah kanan anda...

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )
RM43 termasuk postage / COD sekitar PUTRAJAYA

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E
KELEBIHAN COLLAGEN PLUS VIT E.. # MENGHILANGKAN JERAGAT/JERAWAT #UNTUK AWET MUDA #MENGHAPUSKAN KULIT YANG KUSAM #MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM #MENGANJALKAN KULIT WAJAH #MENGECILKAN PORI-PORI

Thursday, June 21, 2012

TAHUN ni nak BLING BLING...

  

yaaaaaaa....semangat tengah berkobar-kobar
TAHUN NI NAK RAYA DENGAN BLING BLING
1000x suka...
dah lama nak bling bling...
nak tempah mahai la haiiiiii
baik g kelas n belajar...pastu buat sendiri
buruk ke lawa ke
aku punya sukaaaaaaaaa.....hahahahahahahahha
apa dia??????
 layan picture hasil dari GOOGLE ekkk
 





 ( pinjam ye, tuan punya kedai...suka tengoknya)

best kan?
tu la...semangat nih tinggi dah ...
dah banyak kali tertangguh nak g belajar...
paling last ujung bulan nih kena g jugak belajarnya
nak raya dah nih...
tak boleh tak boleh...kena kuat jugakkkk
tahun ni i nak GLAMOUR( i'allah)
harap2 tahun nih tercapai la hajat nak tepek-tepek manik nih...
dapat sehelai pun jadi la kan?

caiyok caiyok!!!!!!!!!!!!!!!

 
 

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, June 20, 2012

NO KOMEN..




AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Tuesday, June 19, 2012

Ketua Kelas?????????????

 
 
" MAMA, abang jadi ketua kelas kat kafa"
 
Dalam hati mama..."WOWWWWW"..dasyat la abang nih...
 
mama : terror nya..
abang : senyum malu-malu
mama : siapa lantik abang jadi ketua kelas kafa
abang : kawan abang
mama : laaaaaaaaa...bukan ke ustaz @ ustazah yang lantik ke?
abang : tak la, kawan abang..MASLINA..
mama : siapa ketua kelas kafa sebelum nih?
abang : MASLINA
mama : kenapa dia bagi abang jadi ketua kelas lak?
abang : tak tau, dia bagi abang jadi ketua kelas..kalo ketua kelas bising, nanti tukar ngan orang lain pulak
mama : geleng kepala je...
 
tu la dia...budak tahun 1..kelakar pun ada, tapi itu la perjalanan hidup budak tahun 1...budak baru nak belajar kan...entah-entah kita dulu pun sama kan? sekarang time anak-anak pulak.. :)
 
 

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Monday, June 18, 2012

Bila dah puasa, semua nak....

 

alkisahhhh...
hari ni puasa sunat + ganti sekali...hehehehe
lastttt...
tu la manusia, dah last2 minit sebok nak menganti, awal-awal hari tuh tak ada sebok nak menganti
tau sebab apa? sebabnya "esok masih ada"
esok esok dan esok...sampai la ke bulan 6 dah..
tengah bulan 7 dah nak puasa dah...
memandangkan hari nih puasa...so rasa mulut nak makannnnnn
(semua google je)
 
 macam nak makan roti jala sekali lagi
walaupun baru je jumaat lepas makan

 donut kentang...hari tuh ada rasa, sedap la pulak
kali nih nak try buat sendiri...
(jadi ke tak? tak tau la)

 lengkong susu...semestinya best..air nih kalo nak minum, kena balik ipoh baru jumpa
tu pun kena pergi benteng (politeknik ungku omar)
baru jumpa...tapi sekarang, tidak lagi...dah boleh buat sendiri...
anytime... 

 burger malaysia...
tak lepas-lepas lagi..nak makan yang mak buat...
buat sendiri tak best...huhuhu

tu la dia, kalo dah puasa...nafsu makan melampau-melampau..
jangan jadi cam tuh ekkk...
no no no no... :)




AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Baca boleh...Percaya???

 

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.


ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati- hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan
pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam
pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.


KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk
pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.


JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.


SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta,suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin,tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.


AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Khasiat teh baik untuk kesihatan

 


Khasiat teh terutama sekali dalam kesihatan diri dan juga tubuh badan sememangnya diperakui ramai. Tidak ramai yang tahu bahawa teh hijau atau green tea mampu membantu sistem pembakaran kalori dengan lebih pantas, menentang alergi dan juga menguatkan otot. 

Mari kita lihat apakah khasiat-khasiat yang terkandung dalam teh. Selepas membaca, jangan lupa amalkan dalam kehidupan seharian anda! 

Phytochemicals tingkatkan imunisasi badan

Kandungan phytochemicals dalam teh sebenarnya mampu meningkatkan imunisasi tubuh bagi melawan penyakit seperti demam selsema atau penyakit berisiko. Malah ia dikatakan mampu membantut enzim perkembangan barah atau menentang serangan beberapa jenis sel barah. Pengarah Strong Cancer Prevention Centre di New York, Mitchell Gayor turut menasihati agar orang ramai meminum empat cawan teh sehari. Ia juga berfungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkirkan LDL (low-density lipoprotein) atau bahasa mudah difahaminya, lemak kotor. 

Halang pertumbuhan kaviti

Gigi adalah antara bahagian yang mudah dijangkiti bakteria atau kuman. Teh yang turut mengandungi florida mampu menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi kita. Seperti yang kita dapat lihat dalam beberapa produk ubat gigi keluaran tempatan, perasa teh dijadikan bahan utama kerana telah terbukti bahawa khasiat teh hijau diperakui oleh pakar perubatan. 

Kuatkan otot, lambatkan penuaan! 

Menurut laporan Archives Of Internal Medicine, kajian ke atas 500 orang lelaki dan wanita di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima. Kandungan flavonoids dikatakan memberi khasiat dan menguatkan otot. Selain daripada itu, bagi mereka yang ingin kelihatan awet muda, amalkan meminum teh hijau kerana satu kajian pada tahun 2001 mendapati ia berupaya melambatkan proses penuaan. Tak perlulah anda membuat berhabis wang membuat pembedahan plastik atau cucuk sana-sini, bukan? 

Menentang alergi dan bakar lemak! 

Kandungan antioksida dalam teh hijau sebenarnya mampu menghalang proses bio kimia yang bertindak balas terhadap pembentukan alergi. Ianya sangat mujarab bagi mereka yang alergi terutama sekali kepada persekitaran berhabuk. Teh hijau juga membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Flavonoids bukan sahaja untuk menguatkan otot, sebaliknya ia boleh mengubah cara penggunaan hormon yang meningkatkan kelajuan kalori dibakar. 

Risiko penyakit jantung rendah 

Teh hitam atau black tea pula dikatakan berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia menghalang darah daripada berkumpul. Dalam satu kajian yang dijalankan, seramai 1,900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan dua cawan teh setiap hari.

MORALnya : JOM minum teh!!!!!!

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Sunday, June 17, 2012

KHAS UNTUK ABAH DAN ABANG...

 
SELAMAT HARI BAPA....
untuk abah, Pakcik Abdul Khalid dan suami, Encik Tun Imran
serta kepada bapa-bapa yang bergelar bapa...
semoga abah dan abang menjadi insan yang berguna dan dirahmati ALLAH
diluaskan pintu rezeki untuk kalian...
dan menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab serta disayangi..

UNTUK ABAH
" akak sayang abah..abah banyak berkorban untuk akak dan adik beradik yang lain..
walaupun sekarang kami tinggal bertiga je, abah tetap kuat untuk kami..alhamdulillah..sekarang semuanya dah kerja..kami cuba jadi anak-anak yang baik untuk abah dan mak..Semoga TUHAN kurniakan abah denagn kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki serta dirahmati...LOVE U SO MUCH..."

UNTUK MY HUSBAND - TUN IMRAN 
" TERIMA KASIH abang...terima kasih sebab menjaga kami ( mama , mukhrisz, aina ) dengan baik dan sempurna...jasa dan pengorbanan abang sangat besar bagi kami...alhamdulillah, ALLAH kurniakan sayang seorang SUAMI dan AYAH yang memahami dan rajin tolong kami buat kerja rumah...
apa yang kami harapkan, semoga TUHAN kurniakan abang dengan kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki yang halal dan diredhai..serta menjadi seorang AYAH yg paling best untuk anak-anak..
LOVE U banyak-banyak...

SELAMAT HARI BAPA...





AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Saturday, June 16, 2012

ROTI JALA PETAK-PETAK

 
 Hari khamis yang lepas, aku n fren pakat reramai buat makan-makan pagi kat opis...wow..memang meriah la...mana tak nya makan pagi macam makan tengah hari....banyak nya tuhan je yang tahu...tapi, alhamdulillah, semuanya habis, walaupun makan sampai ke tengah hari...hehehehhe

Menu kitaorang 

EZA : bawa roti sosej....
CC ( ny boss) : bawa kuah kari ayam...yum yum
KEM : kuih melaka...sedap n lembut..
AIRI : bubur kacang...
SARA : air teh wangi...
KILA ( saya lah ) : ROTI JALA PETAK-PETAK...( dasyat kan)

Penat tau kirai malam-malam...banyak tuh...50 biji roti jalaaaa.... :) tak la...ok la tuh...dengan ada nya acuan baru n terkini, semua mudah di hujung jari anda...cewahhhh, cam meniaga iklan lak aku nih...50 biji untuk bancuhan 1/2 kilo ...memang senang dengan adanya acuan nih, dapur tak kotor, tangan bersih, masa pun jimat...dan yang penting, rotinya pun teruja nak dimakan...apakah ia? haaaaaa...ni dia...
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
 hasil google...

tu la botol nya. macam botol sos..tapi ada 3 lubang...cantikkan?...teruja tak?hasilnya sangat la best...padahal ni kali pertama aku buat...beli botol nih dah lama dah...buatnya je lambat...memang member opis teruja la ngan roti jala tuh... suka suka..


ni la rupanya kalo bila dah menjala...petak-petak, bak kata mak sedara aku...roti jala petak-petak...


bila dah siap menjala...pastu kita gulungkan...haaaa ni la dia...cantik tak? cantikkan? (puji diri sendiri)...masa mula2 buat biasa la kan, tak berapa nak cantik...bila dah tau caranya..cantik la...rasanya sama je, cuma rupa je lain...kalo korang berani..nak buat colour pun boleh..lagi best..pelik n lain dari yang lain...sampai kan mak sedara aku siap tempah lagi untuk majlis kat rumah dia...hehhehehehe...resepinya cam biasa je...tapi tak pe la...aku tepek gak resepi kat sini ekkk...nanti boleh la buat makan petang...

RESEPI ROTI JALA

1/2  kilo tepung gandum
3 biji telur
3 cawan air
1 1/2 cawan susu low fat
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit warna kuning
1 cawan minyak jagung  / butter yang dixairkan ( aku tak bubuh pun)

CARA-CARANYA

campur semua bahan diatas dan blend kan sekali
pastu, boleh la menjala...

SELAMAT MENCUBA

jangan lupa untuk klik
PERFUME di SAKILACRAFT



AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, June 15, 2012

Oh My CAR!!!!!!!!!!! ( bukan 'oh my english" )

 

Hari ni ada TAKLIMAT dari Pengarah..
wajib pergi...memang wajib pegi dan wajib jugak aku tertidur...
hahahha...tu perkara biasa....
tapi kali nih bukan nak cerita pasai TAKLIMAT tuh...
abaikan ekkk

alkisahnya....

balik kerja memang pukul 4.30 petang...
aina dah siap ambil tadi, pukul 4.00 petang aku dah ambil dah...
senang 1 jalan...malas nak ulang alik...
ok...so cukup masa dlm pukul 4.35 lebih kurang
aku gerak g ke kereta...
masuk kereta cam biasa la...
time start je enjin kereta...TAK BOLEH START..
sudahhhhh...dah la panas..
aku cuba banyak kali...start tutup start tutup
sampai berpeluh la...
telepon la si suami, bg tau kereta tak boleh nak start...
macam2 aku dah check...tak mau jugak..
aku ngan aina lepak dlm kereta tuh sampai pukul 5 lebih...
memang panas....
sambil tunggu si suani datang
dengar la bebelan si aina...

aina : kenapa kereta kita nih tak jalan-jalan lagi mama
mama: entah la, mama pun tak tau...
aina : kakak rasa minyak kereta nih dah habis la mama
mama : mana ada habis...baru isi semalam, penuh lagi la kakak..
aina : tapi kenapa tak boleh jalan?
mama : mana mama tau, mama bukannya pandai sangat pasal kereta
aina : kereta lain semua dah jalan la mama...kakak letih la, kereta nih tak jalan
mama : mama ni lagi letih kakak, tengah pikir kenapa kereta nih tak boleh start
aina : mama, kakak rasa kereta kita nih kena ada yg sambung-sambung tuh..kepit sini ngan kepit sini ( sambil tangan tunjuk buat macam mana)
mama : (dalam hati) boleh pulak  ko terpikir nak jumper kereta ekk...
mama : mana kakak tau kena buat macam tuh..
aina : kakak cakap je...

penat dengar aina ni bercakap...
tak lama tuh si suami sampai ngan kawan2nya...Cikgu Bad ngan si Zahir
si suami pun cuba la, tak boleh jugakkk...
last2 ambik jumper, cam biasa la kan...
last2 suami dok tanya, gear kat mana?

mama : gear kat D4...(dlm hati) "laaaaaaaaaaa...kenapa ada kat D4 pulak"
suami : patut la tak boleh start, gear kat D4...memang la tak mau...
mama : hahahahhahahah....memang aku gelak besar....
(malu pun sama, sbb benda yg simple aku boleh call suami suruh tengok)

apa lagi...memang kena gelak la...
adushhhhhhhhhhhhh...dalam kepala dah dok pikir...byk la duit melayang
dah la nak kena servis kereta lagi...
alhamdulillah....tak ada apa2 cuma aku je yang benggong...pandai sangat kan
bawa kereta je tahu, pasai kereta harammmmm...
padahal TUHAN dah gerakkan mata aku kat gear tuh, aku dah nampak dah kat D4
tapi aku tak perasan langsung....
memang sampai kesudah malu ngan member suami...
hahahhahahahahahah

moral # lain kali cuba la belajar tentang kereta, walaupun sikit...
padan muka aku...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, June 14, 2012

apa lagi boleh buat dengan TULANG KAMBING?

 

ermmm...
kat umah banyak je tulang kambing..
yang isi nya sikit je...
lebih han kambing golek-golek...
sayang nak buang kan?
dah lama sebenarnya terfikir nak buat, tapi tak pandai (sebenarnya memang tak tau pun)
bila diselidik dan dicari2...sekali terjumpa..

SUP KAMBING
layan jugak kan?...
 
 
 


 
Bahan-bahan:
500 gm kambing
3 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia di ketuk
1 peket rempah sup
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Daun sup daun bawang dihiris
Garam dan perasa secukupnya.

Cara menyediakan:
1. Tumis bawang merah, kulit kayu manis dan bunga lawang+buah pelaga hingga bawang kekuningan garing.
2. Masukkan rempah sup yang telah dibancuh dengan air. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan air, kambing, garam secukup rasa dan rebus sehingga masak.
3. Kemudian campurkan bahan tumisan dengan rebusan daging.
4. Masukkan daun sup daun bawang


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, June 13, 2012

TAHUN 2012..kita buat kuih raya sendiri ye....

 

Dah lama tinggal blog nih...
bukan tinggal cuma tak ada cerita...
tapi bukan tak ada cerita, cuma tak tau nak ceritakan...
bukan tak tau cerita..tak ada idea cam mana nak olah ayat...heheheheh

tapi hari ada sikit idea / cerita nak dikongsikan
resepi HARI RAYA...tahun nih punya
tau dah..mesti dah ramai yg pandai2 buat kuih nih kan...lagi pun kuih nih
memang nya ramai suka...

Sajian Hari Ini...

RESEPI TEMPEYEK / REMPEYEK


Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1. Bersihkan dan tuskan kacang tanah. bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan.
2. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis.
3. Apabila agak keperangan, angkat dan toskan.
 
itu lah resepi HARI RAYA kita hari nih...
so tahun ni kita buat peyek ekkk...
 
SELAMAT MENCUBA...
 
 
JOM KLIK
PERFUME GRED AAA RM90 or BUY 2 FREE 1

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CEE..CITER..CEE CITER

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="48" id="TextSpace">

LCD Text Generator at TextSpace.net

There was an error in this gadget

SiLaKaN MaSuK..

AINA dlm HARI

AINA dlm HARI
MASA DLM PANTANG LAGIKKK... lahir 3.75 kg

ABG N KAKAK

ABG N KAKAK
sehati n sejiwa

KENANGAN

KENANGAN
@ AVANZA..skrg ALZA

KaKaK & AbAnG g BeRaYa

KaKaK & AbAnG g BeRaYa
25hb September 2010

anak2 n mak tok

anak2 n mak tok
Semua berbelang2

melaram @ KenDuRi SePuPu

melaram @ KenDuRi SePuPu

GILA AKU DENGAN NOVEL

1) SEBENARNYA..SAYA ISTERI DIA! ( sendiri )
2) TERLANJUR MENCINTAIMU ( pinjam )
3) KAMI DAH KAHWINLAH ( sendiri )
4) TEKNIK MEMIKAT SUAMI ( pinjam )
5) ADAM DAN HAWA ( on d way)
6) AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU ( on d way )
7) KALAU DAH SAYANG ( on d way )