CEEE...CITER..CE CITER..

SaPe NaK Kwn NgAn SaYa?????...Tak NaK KwN NgAn SaYa Ke?????

PART TIME CRAFTER

PART TIME CRAFTER
sekiranya berminat blh la klik pada gambar, sesuai untuk hadiah harijadi / untuk buah hati / untuk hiasan kereta / apa2 saja... :) dan jangan lupa TINGGALKAN LINK ANDA DI SHOUT BOX disebelah kanan anda...

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )
RM43 termasuk postage / COD sekitar PUTRAJAYA

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E
KELEBIHAN COLLAGEN PLUS VIT E.. # MENGHILANGKAN JERAGAT/JERAWAT #UNTUK AWET MUDA #MENGHAPUSKAN KULIT YANG KUSAM #MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM #MENGANJALKAN KULIT WAJAH #MENGECILKAN PORI-PORI

Saturday, March 31, 2012

PENGIRAAN GAJI BARU PENJAWAT AWAM

 

Mesti semua orang ( penjawat awam) tertunggu kan dengan kenaikan gaji baru
haaaaa....kat sini ada pengiraannya
korang cuma masukkan gaji ( basic tau) kat dlm box yang dah disediakan tuh
pastu korang klik KIRA
korang akan tahu la berapa kenaikan gaji baru korang
 
PENGIRAAN GAJI 
(mengikut PP Bil.1/2012)

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.1/2012

lepas nih, banyak la benda kat kepala korang tuh...macam-macam korang nak belikan?
ish ish...sama la ngan aku pun....

TAHNIAH ye ( untuk kakitangan kerajaan sahaja) dengan kenaikan gaji baru nih

yippiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, March 28, 2012

Semua Jenis PERNIAGAAN kena ZAKAT

  
Semua jenis perniagaan sama ada kecil atau besar adalah tertakluk kepada zakat perniagaan.
Disini ada jawapannya...
 

Adakah zakat pendapatan diwajibkan?
Ya, diwajibkan.


Apakah pengertian zakat pendapatan?
Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi. Pendapatan tersebut merangkumi: 

  1. Gaji
  2. Tunggakan gaji
  3. Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
  4. Pendapatan
  5. Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan seperti royalti, sewa rumah dan lain-lain)
Apakah dalil wajib zakat pendapatan?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” Sabda Nabi Muhammad S.A.W. riwayat Ahmad yang bermaksud: “Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dan dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia tidak bersedekah dengannya, dengan harapan ia akan diterima dan tidak pula ia tinggalkannya sebagai harta pusaka (sesudah ia meninggal) melainkan dia itu sebagai bekalannya ke neraka” (Riwayat Ahmad)

 ( tak ada kena mengena gambar ni ngan cerita zakat kita, saja je upload supaya korang tak mengantuk)

Gaji dan pendapatan bebas wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat berikut:
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Pemilikan sempurna
  4. Cukup nisab
  5. Haul
  6. Pendapatan halal
  Berapakah kadar zakat pendapatan?
Kadar zakat pendapatan ialah sebanyak 2.5%.

Apakah sandaran yang mengatakan kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5%?
Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Ini kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk mata wang/nilai wang. Saidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun." (Riwayat Abu Daud)



Bila semuanya dah selesai n bersih...tak ada la kita jadi macam orang kat bawah nih...
ada duit pun banyak lagi masalah nya...so kalo tak nak jadi macam tuh, kita bersihkan apa yang sepatutnya dibersihkan...



AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Monday, March 26, 2012

"Sudikah awak menjadi yang HALAL buat saya"



 
 Waaaaaaaaaa....romantiknya...
sangat terkejut n kompom teruja kan?
ala-ala barat...
elok la semua nak tiru BARAT...bila artis buat, nanti semua orang nak buat cam tuh gak kan?
sweet tu mmg la sweet, tapi tak perlu la buat macam barat sangat kan...
kita kan orang melayu...buat cara melayu, kan ke manis...
 


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Sunday, March 25, 2012

Kalau dah cantik...pakai apa pun cantik..IRMA HASMIE

 






Irma Hasmie selamat mengikatkan tali petunangan bersama ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31 dalam majlis yang pernah keserdahanaan di kediamannya yang terletak di Desa Coafield, Sungai Buloh, petang semalam.
Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat menerima kunjungan pihak lelaki seramai 30 orang dengan 7 dulang hantaran berupa sebentuk cincin, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah dan telekung, set persalinan wanita dan set wangian.
CERITA LANJUT : OHBULAN
baju dia memang cantik n cantik laaaa...memang menepati citarasa muslimah...
walaupun baju nih mengikut bentuk badan tetapi...selendang yang panjang tuh telah mencoverkan di bahagian depan... :)
tahniah untuk yg men'design'kan baju nih...kerana telah berjaya mencipta baju muslimah yg menarik dan cantik...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, March 23, 2012

Tak perlu kata apa-apa pun...

 
 
 
Ceriakan hari-hari anda dengan SENYUMAN :)

Senyum
Tak perlu kata apa-apa

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, March 21, 2012

Y u datang kejap sangat...




 

Lirik Lagu Sesaat Kau Datang -Ramlah Ram ft SleeQ

Verse 1
Sesaat Kau Datang……..
Sesaat Kau Hilang………
Kemunculan dirimu…..
Penuh misteri………..

Verse 2
Kau Mendekat…
Kau Menjauh….
Kau tinggalkan diriku…
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku……….

Verse 3
(Alif)


Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together

(Syarif)
I hate to be cold but i got to let you go

Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha….Ha…..Ha…Ha.…Ha…..Ha…

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 4
(Alif and Syarif)
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Repeat Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa..
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 5
Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu……kepadamu

Nota kaki : suka tengok video klip nih sbb suka ngan baju yg diaorang pakai..
bila tengok orang pakai cantikkkkkkkk la sangat, tapi kalo sendiri pakai...letih tengoknya..

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

"kakak nak mamaaaaa"

 
Hari ni nak bercerita pasal si kakak nih
 


 
tak tahu la kenapa hari ni bila pergi tadika menangis
bangun pagi memang hari2 susah...
kalau nak suruh dia bangun mandi,
buka baju siap2 n terus angkat letak kat bilik air n terus je jirus
kompom bangun...kalo tak nangis tu kira mood baik la pagi tuh,
tapi kalo menangis bila kena air...memang lama la bunyi nya
so hari nih, bila kena air berbunyi
memang sampai ke sekolah la bunyinya
 
bila semua dah selesai...dah bagi makan dah...tup tup
kat mata tuh ada belian2 mutiara bagai
nagisssssssss la pulak...
bila di tanya... "kenapa lak ni kakak. tetiba je nangis?"
kakak jawap " kakak nak mama..." (dengan nada nagis)
pulakkkk...satu kerja nak memujuk
siap pesan tuh, "mama datang la awal ambik kakak..kakak nak mamaaa" 
entah apa yang sedihnya tak tau la...
layan kan aje nak ambik awal, padahal mama ambik 4.30ptg jugak...
kakak tunggu ekkk...



sekejap je membesar, pejam celik pejam celik dah 5 tahun dah anak mama nih...






AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Tuesday, March 13, 2012

KEMPEN JOM KITAR SEMULA ANJURAN BERSAMA PERSATUAN RECYCLE FOR CHARITY



 


Jom ramai-ramai kita ke Presint 2, PUTRAJAYA
memberi sokongan kepada alam sekitar dan bumi kita...
selamatkan bumi kita dari tercemar dengan sisa-sisa yang boleh mendatangkan bencana 
pada masa hadapan dan untuk kesihatan keluarga kita bersama....
Banyak acara yg menarik telah disediakan untuk anak2...
Jangan lupa ye...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Mane nak lari???pusing-pusing situ jugakkkk...

 
 

Ni la hakikatnya hidup kat dunia nih...
betul tak?

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Monday, March 12, 2012

Ni la yang korang idam-idam kan selama nih..

 
 
 
Setiap wanita sangat2 mengharapkan yang terbaik untuk pasangan hidupnya
so...bersyukur lah dengan apa yang telah ditentukan oleh ALLAH untuk kita selama nih..
 

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, March 9, 2012

Aku Memang Dah Gila laa....

 

Aku memang dah gila.....
hahahhahha....gila? biar betikkkkk....
memang aku gila...
gila kan benda nih...



crepe paper flower....
cantik tuh....
sekarang nih dok google google je kerja aku...
entah la tetiba berkenan sangat-sangat ngan benda nih
 aku dok gila kan benda nih sbb nak buat 

 peamin untuk my cousin
nak bertunang dlm minggu depan nih
so dia dah amanat kan kat aku untuk buat mini pelamin untuk dia
tuh yg aku semangat nak buat jugak tuh...
gagah mencari tuh....
harap2 idea aku akan menjadi la untuk my cousin nanti..

dan lagi satu, aku nak buat

 bunga pegang

ala-ala gini lah....
tu yang aku gila nih...
gilakan benda-benda nih...
doakan aku berjaya ye ...




AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, March 8, 2012

Makan Satu, Percuma 1 EKOR...

 
 

NAMA gerai Laksa Ikan Sekoq di Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah sudah cukup unik untuk menarik perhatian pengunjung dan pengguna yang lalu-lalang. Aroma kuah laksa daripada periuk bersaiz besar di gerai itu yang menusuk hidung mampu membangkitkan selera.
Meskipun hidangannya ringkas, laksa di gerai Laksa Ikan Sekoq cukup berbeza. Selain disajikan dengan hirisan cili merah, bawang dan telur rebus, pelanggan berpeluang menikmati seekor ikan rebus tambahan dalam setiap hidangannya. Lebih istimewa, pengusahanya mempraktikkan konsep makan sepinggan, sepinggan laksa tambah adalah percuma.
"Ini bermakna jika pelanggan meminta sepinggan lagi laksa maka mereka tidak dikenakan caj tetapi pelanggan yang meminta seekor ikan kembung tambahan, saya hanya caj di antara 50 hingga 70 sen.
"Biasanya harga ikan bergantung pada harga pasaran. Harga sepinggan laksa kami jual pada harga RM3 tetapi ia akan meningkat RM3.50 jika harga ikan meningkat," jelas pemilik gerai Laksa Ikan Sekoq, Fauzi Man, 39, yang membeli bekalan ikan kembung dan ikan selayang gred A untuk sajian laksanya.

 Membangkit selera
Ditanya mengapa beliau memilih konsep seekor ikan tambahan untuk hidangan laksa, jelas Fauzi : "Saya ingin membangkitkan selera pelanggan dan mencipta signatur. Maklumlah, di Alor Setar sahaja terdapat banyak kedai yang menjual laksa."
Fauzi, yang dibantu isterinya, Hasnah Hanafi, 35, mengakui pada mulanya orang ramai kurang gemar dan pelik dengan laksa yang dijualnya. Jadi, dia menggantikan laksa yang dihidangkan bersama telur rebus sahaja. Namun lama-kelamaan ramai pula yang bertanya tentang laksa ikan sekoq sehingga mendorong Fauzi tekad menjual semula laksa dengan tambahan seekor ikan.
Mengimbas titik memulakan perniagaan, semuanya disebabkan desakan isterinya yang beria-ria untuk berniaga laksa dan ingin memperoleh wang tambahan.
Justeru, pada tahun 1995 dengan bermodalkan RM50, Fauzi membeli bahan-bahan masakan dan peralatan gerai seperti sekaki payung, dua buah meja dan lapan buah kerusi. Masih segar dalam ingatan Fauzi pada hari pertama, hanya sebungkus laksa sahaja berjaya dijual. Namun, dia tidak berputus asa.

CERITA  SELANJUTNYA disini

mak aiiiii....punya la berbaloi dok bayaq RM3 - RM3.50 sepinggan
kalo nak tambah pulak, freeee....bestnya untuk yang memang hantu laksa
tak rugi maiiii sini....

nota kaki : sampai je KEDAH...nak mai sini la...cedapnyaaaa...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Patut la cantikkkk...

 
 
 Family Izara Aishah

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Wednesday, March 7, 2012

ENTRY " KOSONG" MEMBOSANKAN...!!!!!

 
 
 
apa akan jadi bila 2 watak ni bergabung dalam satu cerita????
mesti ______ kan? 
(korang boleh isi sendiri pada tempat kosong dengan ayat yang korang suka)

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Handbag For SALE.....

 
 
  RM130+FREE POSTAGE
PRODUCT NAME: LV GRED AA
CODE ITEM :CLG44GH
COLOR: SHOWN IN D PIC.
LIMITED UNIT &VERY NICE


RM150.00 + FREE POPSTAGE WITHIN MALAYSIA
BRUNEI ADD RM20.00
Product Name: LV GRED AA
Product Code: EGS162
Weight: 500g
Color: Shown As Picture
Size: Free Size
Part: Handbag
Materials: Pu Leather
Product Measurement
Height:19cm Width:40cm Bottom Width:32cm
 
KEPADA YANG BERMINAT BOLEH EMAIL YE...atau COMMENT JE KAT POST NIH...
terima kasih..

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Monday, March 5, 2012

FREE Registration - Fire Kids Club Safety Workshop @ The Weld!

 
Sekadar Berkongsi Kepada Sesiapa Yang Berminat :



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Tuan/Puan,
                        
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendaftarkan diri anak - anak untuk program "Fire Kids Club" yang akan diadakan di The Weld KL pada 16/3/2012 .Tempat adalah terhad . Ini adalah CSR daripada The Weld dengan kerjasama MVFRA.  Pendaftaran adalah PERCUMA.
Harap maklum.


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, March 2, 2012

kesihatan AZEAN IRDAWATY merosot

 

1 Mac - Aktres veteran Azean Irdawaty memohon kepada orang ramai agar dapat mengadakan solat hajat 

sebagai 'hadiah' bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-62 jatuh pada 27 Februari lalu.

"Syukur Alhamdulillah, hari ini (Isnin) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta 'hadiah' sempena hari lahir saya.

Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh," kata Azean atau mesra dengan

panggilan Kak Yan dalam khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut laporan mStar, Azean turut memberitahu bahawa kesihatannya semakin kritikal akibat penyakit

'Lymphedema' yang dihadapinya selepas menjalani pembedahan membuang 16 kelenjar selepas menderita

barah payudara sebelum ini.Malah Azean turun mengatakan bahawa badannya berasa panas, tulang belakang

sakit dan kakinya turut kebas sehingga dia terpaksa memohon kepada orang ramai agar mendoakan

kesejahteraan kesihatannya. Sementara itu beberapa rakan seperjuangan Azean dikatakan sedang berusaha

 mengatur solat hajat di beberapa buah masjid bagi memenuhi permintaan seniwati itu.

INFO : YAHOO.COM

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

PICTURE terbaru CAHAYA MALAIKA....

 
 
 
Wahhh....bertuah sungguh Mawi & Ekin!
Ini adalah puteri sulong mereka..comellll...
pakai baju merah lagi...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, March 1, 2012

Kena PAWWWWWWWWW

 
YA ALLAH
kecik2 lagi dah pandai mengepawwww...
baru darjah 1 tuhhh

tu la dia...
mangsa keadaan nya anak aku laaaa...
si MUKHRISZ
2 hari berturut kena pawww ngan "member baik" dia
duduk lak sebelah je
bila waktu rehat je pawww
bukan sen tp ringgit...
 
tindakan mama n ayah : kalo member dok minta lagi, bg tahu "kalo nak duit , jom jumpa ngan ayah aku"
berjaya @ tidak berjaya : yessssssss....berjaya (buat masa sekarang la)

moralnya:
jangan suka pawww member...nanti kena jumpa ngan ayah dia...ko nak?

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

KHASIAT SURAH AL-KAUTSAR

 
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
 
 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t  makbulkan doa kita. 
 
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher  Insya'allah hilang dahaga.

 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
 
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
 
  6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sama-samalah kita amalkan, I'allah...semuanya akan dipermudahkan.. 
 
nota kaki : amalkan yg no 5 tu...dalam duduk-duduk tak ada buat apa, boleh la amalkan...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CEE..CITER..CEE CITER

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="48" id="TextSpace">

LCD Text Generator at TextSpace.net

There was an error in this gadget

SiLaKaN MaSuK..

AINA dlm HARI

AINA dlm HARI
MASA DLM PANTANG LAGIKKK... lahir 3.75 kg

ABG N KAKAK

ABG N KAKAK
sehati n sejiwa

KENANGAN

KENANGAN
@ AVANZA..skrg ALZA

KaKaK & AbAnG g BeRaYa

KaKaK & AbAnG g BeRaYa
25hb September 2010

anak2 n mak tok

anak2 n mak tok
Semua berbelang2

melaram @ KenDuRi SePuPu

melaram @ KenDuRi SePuPu

GILA AKU DENGAN NOVEL

1) SEBENARNYA..SAYA ISTERI DIA! ( sendiri )
2) TERLANJUR MENCINTAIMU ( pinjam )
3) KAMI DAH KAHWINLAH ( sendiri )
4) TEKNIK MEMIKAT SUAMI ( pinjam )
5) ADAM DAN HAWA ( on d way)
6) AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU ( on d way )
7) KALAU DAH SAYANG ( on d way )