CEEE...CITER..CE CITER..

SaPe NaK Kwn NgAn SaYa?????...Tak NaK KwN NgAn SaYa Ke?????

PART TIME CRAFTER

PART TIME CRAFTER
sekiranya berminat blh la klik pada gambar, sesuai untuk hadiah harijadi / untuk buah hati / untuk hiasan kereta / apa2 saja... :) dan jangan lupa TINGGALKAN LINK ANDA DI SHOUT BOX disebelah kanan anda...

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )

TESTIMONI PRODUK VCO ( MINYAK KELAPA DARA )
RM43 termasuk postage / COD sekitar PUTRAJAYA

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E

TESTIMONI COLLAGEN PLUS VIT E
KELEBIHAN COLLAGEN PLUS VIT E.. # MENGHILANGKAN JERAGAT/JERAWAT #UNTUK AWET MUDA #MENGHAPUSKAN KULIT YANG KUSAM #MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM #MENGANJALKAN KULIT WAJAH #MENGECILKAN PORI-PORI

Saturday, July 31, 2010

ILHAM DAPUR

MASAK APA YG ADA JEW KAT UMAH


ni aku masak pg tadi( 01/08/2010)...ni je yg mudah n cepat...lg pun hari nih husband ada kelas camera(photografi) dengan En Abas...so nak masak mkn tgh hari lagi,nak buat mkn untuk kelas tu lagi...kat kelas tu aku buat sandwish sardin n telur je dengan air teh panas...

NAK CEPAT PUNYA LAUK


TELUR DADAR
telur + garam + daun sup + daun bawang + bwg besar = telur dadar...


SUP BEBOLA AYAM PERISA SAYUR

BAHAN2NYA

1) bwg besar + bwg putih + halia = tumbuk biar lumat
2) ubi kentang ( potong ikut suka)
3) carrot (potong ikut hati)
4) garam
5) daun sup + daun bawang
6) sup bunjut

CARA2NYA

tumis bhn 1 bersama dgn kentang n carrot hingga wangi
2) masukkan air, sup bunjut n bebola
3) masukkan garam secukup rasa...biarkan mendidih n pastikan ubi kentang empuk,dan tutup api..
4) last sekali masukkan daun bawang n daun sup...


JEMPUT2 / CEKODOK / CUCUR PISANG (org perak)


Dah lama tak mkn cucur pisang...so smlm ada pasar mlm kat presint 2,aku beli la pisang, PISANG EMAS...tp pg tadi (31 hb Julai 2010) baru aku buatnya...saje je aku buat cam kat gambar tuh,supaya anak2 aku ada semangat nak mkn...mcm kat kedai kan..CUCUR HITAM...jemput2 pun kecik2 je aku buat,sekali masuk mulut je...

pisang emas(lenyek dulu) + tepung (agak2 je,jgn lembik sgt,jgn keras sgt) + gula
panaskan kuali n buat jemput kecik2,( nak guna tgn blh,nak guna sudu pun blh )

*kalo aku,aku suka jemput guna tgn,lagi senang n puas hati serta cepat....kalo guna sudu lambat,nanti tak bulat2...tak cantik...tp ye la,kalo guna tangan kotor la tangannya,kalo guna sudu,tangannya bersih la...tu je la kelebihannnya...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Restoran Terpilih


RESTORAN NASI AYAM KAMPONG - P15

Hari nih (Jumaat, 30hb Julai 20010)..aku, k as, ayu n hajar g mkn kat presint Diplomatik,P15..K As yg belanja...besttttt...lagi pun hari nih merupakan hari ayu last kat unit cek,so k as belanja la...naik kereta ayu...sebelum g mkn kitaorg g ZEENATH WORDROBE, beli kain cotton dlm 3 pasang jew...tp tuh k as punya..so,kat bwh nih,gambar yg kitaorg mkn td...nih mkn kat kedai....


Air minuman untuk 4 org..Kak As (laici) Ayu (limau ais) aku (fresh oren) hajar (watermelon)


Nasi Ayam Kampong Hot & Crispy RM 6.50 sepinggan


Fresh Oren Kila....

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Daging2

PAI ROTI BERDAGING



Pai nih dah lama dah aku buat,aku buat pada 20hb November 2009...kalo tak silap aku la,aku buat mkn pagi...meriah...pg tuh aku terlebih rajin,tu yg aku buat tuh...resepi nih aku ambik kat internet rasanya...ingat2 lupa dah...lagipun brg2 ada kat umah...buat je la..tp memang mengenyangkan la....CUBALAH...


BAHAN2NYA

roti ( potong dadu)
4 - 5 biji telur (dadarkan)
1 btg sosej (dipotong2)
1 kiub kecil ayam / daging cincang
daun sup n daun bawang
mayonis
sos cili / sos tomato
sedikit garam
minyak masak
CARA2NYA

1) telur + sosej + ayam/daging cincang + daun sup + garam = gaulkan sekali sehingga sebati
2) panaskan kuali (seelok2nya kuali yg leper supaya anda dpt pai yg cantik) & masukkan bhn 1 dan disusuli dengan menaburkan roti yg dah dipotong td. Pastikan roti itu menutup telur n biarkan ianya masak seketika.
3) bila dah masak,diangkat n tuangkan ke pinggan yg besar ( pastikan bhgn atas di bwh ), akhir sekali bubuh mayonis n sos cili/tomato(ikut suka)....dah siap,blh la mkn...


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Friday, July 30, 2010

DOA ISTERI BUAT SUAMI...renung2kanlah

Kepada yg laki tu, bleh la tunjuk kt isteri atau bakal isteri.

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku diJannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku diDuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku darimenyakiti perasaannya
Sekiranya... suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenahdan ragamnya
Tetapi Ya Allah...Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk dirikuseorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yangmelalaikan. .
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan danketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya AllahKuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihatiAmin, amin Ya Rabbal Allamin..


AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Thursday, July 29, 2010

SKEWER P15


SKEWER P15

Nie masakan yg senang n simple jew...blh buat n

kosnya pun muraH cubalah.....

BAHAN2

ubi kentang ( rebus dulu,jgn terlalu masak n jgn terlalu keras )

ayam ( potong ikut suka n rebus )

bawang holland ( potong 6 )

baby tomato

lidi

lada sulah + lada hitam + garam + kunyit

CARA2NYA
1) campurkan semua bahan kecuali lidi n baby tomato

2) bila dah sebati cucukkan bahan2 tadi ke lidi ( ikut suka nak
cucuk mcmn)

3) bila dah siap,panaskan kuali n grillkan,tp bubuh sedikit minyak je,utk basahan je

4) bakar hingga agak2 garing sikit..
.
5) dah siapkan? so apa lg,mkn la cicah ngan sos atau buat je sos

black paper,sos black paper blh beli yg segera je kat care4

SELAMAT MENCUBA....

AL-KISAH SKEWER

Sebenarnya,skewer ni aku n husband ada jumpa

kat pasar tani putrajaya,presint 2...1 hari tuh,

kami nih beli n cuba la kan...sedap

gak...bila di pikir2 blk,aku bg tau kat

husband aku..."apa kata kita cuba buat skewer nih,benda

nih mcm best n senang je"...husband aku

pun tak pikir pjg,esok nya kami g

beli brg2 utk buat skewer...apalagi,operasi la...dan

hasilnya...bestttt n puas hati dapat buat sendiri...

AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

PETUA KESIHATAN

1 . SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR / MEMPERCEPATKAN / LENA

* Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau

* Makanlah bawang besar berserta yogurt putih, ianya mempercepatkan lena.

2 . MENURUNKAN DARAH TINGGI

* Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau

* Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau * Makanlah biji buah Peria atau
*
Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau * Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau

* Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan
taugeh hendaklah sama nisbahnya atau

* Rebus daun pandan wangi
secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau

* Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau

* Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan
tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

3 . DEMAM BIASA

* Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau
*Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau

* Minumlah air rebusan bunga melor.

4 . SAKIT KEPALA

* Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau

* Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk
kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau

* Rebus daun Kangkung sampai mendidih, kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau

* Makanlah daun pokok Peria atau

* Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.

5 . SENGAL SENDI

Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja, sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau

* Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke
sendi yang sengal atau

* Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh,
kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau

* Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari
kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung,seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau

* Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya.
Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.

6 . SELSEMA

Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau * Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayi

* Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji
limau nipis, dibelah, diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.

7 . SUARA SERAK

* Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau

* Ambil bawang besar 2 biji, buang kulitnya lalu
ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau
*Ambil sebuku asam jawa, rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.

8 . BATUK/LELAH/ SEMPUT

* Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau

* Ambil daun Kecubung, hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau

* minumlah rebusan akar pokok melor atau

* Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang
serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir

* Panaskan limau nipis diatas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama
hampasnya atau untuk batuk berkahak

* Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.

9 . SAKIT GIGI

*Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau

* Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau

* Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sediki garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau

* Ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.

10 . BENGKAK GUSI

* Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau

* Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu
campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

11 . GUSI BERDARAH

1. Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau

2. Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam atau

3. Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya, ambil 15 helai daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu.
Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu.

12 . DEMAM CAMPAK

* Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya akan keluar atau

* Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak. Kemudian
lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu, minum air kelapa gading setiap hari.

13 . BATUK BERLARUTAN

Ambil sedikit asam jawa dan garam dicampurkan dengan air suam apabila semua dah sebati dengan air suam tadi ,bolehlah diminum hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. insyaallah batuk itu akan hilang dan kahak yang pekat itu akan keluar dengan mudah

14 . SAKIT MATA

Merawat sakit mata disamping ia juga dapat mencantikkan mata... mata akan kelihatan jernih..... sediakan madu.... ambil madu tersebut dan tuangkan sedikit di sudu.... jangan terlalu banyak... cuma setitik madu sahaja... titik kan madu tersebut di mata yang sakit... anda akan merasa
pedih sedikit dan dalam beberapa minit mata anda akan sembuh....
*insyaallah. ...

15 . MATA BERSELAPUT

Masaalah berselaput dalam mata. Bahannya : - Madu lebah asli. - pucuk sirih.
Caranya: -Masukan setitik atau dua titik madu lebah kedalam daun sirih (pucuk sirih),

-kemudian gentel campuran daun sirih dan madu lebah hingga sebati.

-Lepas tu... titiskan kedalam mata yang menghadapi masaalah berselaput.

-Amalkan dua atau tiga kali . Insyaallah , selaput akan hilang dan tak berselaput lagi.

16 . GELUNG HITAM PADA KELOPAK MATA

Bila anda tidak cukup tidur , pada mata anda pasti ada gelung hitam. Untuk menghilangkannya mudah saja. Setiap kali bangun tidur , sediakan semangkuk air dari peti sejuk , cuci di bahagian mata dulu dengan menggunakan hujung jari dari pangkal hingga hujung mata sambul membaca
selawat 3 kali . Lakukan setiap pagi insyaallah

17 . BIBIR PECAH

Ubati bibir yang pecah Bagi mengatasinya, minum air suam yang dicampur dengan gula merah atau gula melaka serta sedikit air perahan asam jawa.

-Minum ramuan ini beberapa kali dlm sehari. -Dengan izin ALLAH, bibir yang pecah akan segera sembuh.

18 . MEMUTIH GIGI

Ambil sedikit arang dari kayu yang dibakar - jumlahnya ialah ikut keperluan... .. kalau nak guna lama so taruk la byk sikit arang tu.....

-kemudian tumbuk arang tersebut dgn sedikit garam.... garam tu lebih kurang 1 sudu teh ker... tumbuk hingga betul-betul hancur then -buat cuci gigi.... gosok ngan jari pun boleh.... Insyaallah gigi anda akan
menjadi putih berseri.....

19 . KUKU BERSERI

Dapatkan kuku yang sentiasa berkilat... ambil sedikit ubat gigi(sebaiknya colgate merah) dan gosokkan dengan jari beberapa minit. Buatlah pada semua kuku, insyaAllah ia akan berkilat dan tahan lama...

20 . RAMBUT GUGUR

Rambut gugur ambil putih telur dan campurkan dengan limau nipis -kemudian sapukan ke rambut sehingga keseluruhnya -setelah selesai menyapu ke rambut balutkan rambut dengan kain tuala dan biarkan ia semalaman -basuh pada keesokan harinya -amalkan seminggu dua kali Insyallah -akar rambut akan menjadi kuat dan rambut akan lebih kelihatan
sihat -campuran berlebihan jangan dibuang.. simpan didalam peti sejuk.. kerana campuran tadi akan lebih sebati jika disimpan...

21 . PENYAKIT KAYAP

Menghilangkan Penyakit kayap ambil sebiji cempedak muda(putik buah cempedak) dan asah bersama sedikit air pada belakang lesung batu.

-Kemudian ambil airnya, campurkan dengan bdak sejuk dan sapu sekitar kayap itu seberapa kerap yang anda mahu.

-Insya-Allah kayap akan hilang dalam masa dua tiga hari. -insyaalah ia mujarab.

22 .MERAWAT BIBIR

Mencantik serta merawat bibir ambil mentega dan disapukan pada bibir... biarkan selama 10 min.. inyallah... -3 kali seminggu.. mesti bibir elok...

23 . KAKI MELECET

Petua untuk kaki melecet sapukan sedikit minyak masak pada kaki yang melecet sebelum memakai kasut.... Insyaallah kaki tidak akan melecet lagi dan kita akan merasa selesa memakai kasut yang baru tu... Saya sudah amalkan dan memang berkesan...

24 . PARUT HITAM

Menghilangkan Parut Hitam ambil beberapa biji kentang kemudian tumbuk hingga lumat -tempekkan pada parut tersebut. Lakukan setiap hari dan mudah-mudahan usaha anda akan berhasil dengan Insya - Allah.

25 . MERAWAT TUMIT PECAH

Ambil lemak ayam dan panaskan lemak ayam hingga cair dan sapukan pada tumit kaki yg pecah -jika anda rajin amalkan... anda akan mendapat kesannya yg baik.

26 . HILANGKAN KUTU DI KEPALA

. Ambil beberapa ketul ubat gegat dan tumbuk hingga halus/lumat -campurkan ubat gegat itu dgn setengah cawan minyak kelapa. sapu di seluruh kepala dan bungkus dgn kain. -selepas 15 minit, cuci rambut dgn
air bersih Insya-Allah, kutu akan hilang.. selamat mencuba....

27 . LEGAKAN BATUK

Petua Ibu Kunyit Legakan Batuk ambil ibu kunyit sebesar ibu jari. - parut dan ambil airnya. - campurkan air ibu kunyit tadi dengan dua cawan air tebu tulen. - Tapis dan didihkan sebentar. - biarkan ia agak suam-suam sikit, dan minumlah 3x sehari Amalkan setiap hari...Insyaallah.. batuk anda akan hilang!!!

28 . MEMUTIHKAN SIKU

Mungkin ada diantara anda yang mempunyai kesan-kesan hitam di bahagian siku. Bagi anda yang ingin mengatasinya -cubalah campurkan setitik air limau nipis ke dalam satu sudu besar tepung gandum. -sapukan campuran
itu pada bahagian siku anda dan biarkan kering. -Kemudian cucilah dengan air suam. Bilas dan lapkan sehingga kering. -Amalkan beberapa kali dalam
sebulan. Insyallah akan membuahkan hasil.

29 . MEMERAHKAN KULIT MUKA

Sekiranya anda ingin kelihatan sentiasa berseri-seri dan kemerah-merahan di seluruh muka anda,
-setiap pagi mencuci muka dengan daun teh yang telah di rendam.
-Sapukan daun teh perlahan-lahan ke muka dan biarkan seketika. -Kemudian basuh dengan air bersih tanpa menggunakan sabun. Insyallah muka anda
akan kelihatan berseri-seri.

30 . MATA BERSINAR

Sekiranya mata anda tidak bersinar seperti orang mengantuk, cubalah petua ini.
-Basahkan kapas ke dalam air teh pekat sejuk,
-kemudian pejamkan mata anda dan letakkan kapas tersebut di mata beberapa ketika.
-Amalkan beberapa kali dalam seminggu nescaya mata anda akan sentiasa segar dan bersinar.

31 . CAGU (MAKAN CEKAM)

Makan cekam atau cagu yg selalunya terjadi kat kuku kaki atau tangan
-ambil inai dan tumbuk bersama air (seeloknya inai mekah) -inai tersebut letakkan di kuku yg makan cekam @ cagu tersebut -insyaallah. ... jika
selalu diamalkan makan cekam @ cagu tersebut akan kering dan beransur hilang dan tidak akan berasa sakit lagi

32 . MASALAH BAU BADAN

1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua.
Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau
lagi.

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak
berbau lagi.

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.

33 . MASALAH SAKIT KEPALA

1. Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan
bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari.

2. Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni ( batang yang lembut sahaja ) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala.

34 . HIDUNG BERDARAH

Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.

35 . PENING

Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji bawang merah yang besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga lumat dan campurkan secamca besar madu. Kemudian lumurkan pada kulit
kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan semalaman dan pening akan hilang..

36 . KESIHATAN RAMBUT

1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu
sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang- kurangnya seminggu.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa..
Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi
masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah
dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan
sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut
lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang)

37 . MERAWAT PENYAKIT BUASIR

Ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning. Bakar atau panaskan hujungnya, kemudian letakkan kepada bahagian yang sakit. Lakukan berulangkali sehingga sembuh. Insyallah baik. Tetapi jangan lupa untuk berdoa.



AYAH + MAMA + ABANG + KAKAK = 1 FAMILY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CEE..CITER..CEE CITER

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="48" id="TextSpace">

LCD Text Generator at TextSpace.net

There was an error in this gadget

SiLaKaN MaSuK..

AINA dlm HARI

AINA dlm HARI
MASA DLM PANTANG LAGIKKK... lahir 3.75 kg

ABG N KAKAK

ABG N KAKAK
sehati n sejiwa

KENANGAN

KENANGAN
@ AVANZA..skrg ALZA

KaKaK & AbAnG g BeRaYa

KaKaK & AbAnG g BeRaYa
25hb September 2010

anak2 n mak tok

anak2 n mak tok
Semua berbelang2

melaram @ KenDuRi SePuPu

melaram @ KenDuRi SePuPu

GILA AKU DENGAN NOVEL

1) SEBENARNYA..SAYA ISTERI DIA! ( sendiri )
2) TERLANJUR MENCINTAIMU ( pinjam )
3) KAMI DAH KAHWINLAH ( sendiri )
4) TEKNIK MEMIKAT SUAMI ( pinjam )
5) ADAM DAN HAWA ( on d way)
6) AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU ( on d way )
7) KALAU DAH SAYANG ( on d way )